• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu, Mustafa Ali Gagal Batal Keputusan Mahkamah Tinggi

oleh Ahmad Albab
18/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu gagal untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya dan setiausaha agung parti itu membayar RM200,000 kepada bekas timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Lim Yee Lan, Datuk Varghese George Varughese dan Tan Sri Idrus Harun hari ini sebulat suara menolak hujahan perayu bahawa Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak boleh menyaman mereka kerana beliau ialah penjawat awam.

Hakim Lim menegaskan Wan Ahmad memfailkan saman sivil terhadap Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dan Datuk Mustafa Ali, atas kapasiti peribadi.

Beliau berkata perayu telah bertindak dengan niat jahat apabila membuat kenyataan tanpa mendapatkan pengesahan sewajarnya. Lim kemudiannya memerintahkan mereka membayar RM10,000 sebagai kos.

Wan Ahmad menyaman dua pemimpin PAS itu pada 5 Mac 2013, mendakwa artikel diterbitkan dalam Harakah edisi 1-3 Feb berdasarkan temuramah mereka pada 29 Jan 2013 yang merujuk kepada ‘Projek IC Sabah’, merupakan fitnah terhadapnya.

Dalam pernyataan pembelaan mereka, Mohamad dan Mustafa menafikan memfitnah Wan Ahmad, menyatakan kedudukannya sebagai penjawat awam terbuka untuk dikritik secara terbuka.

Pada 20 Mac, tahun lepas, Mahkamah Tinggi membuat keputusan memihak kepada bekas pegawai SPR itu dan memerintahkan dua pemimpin PAS itu membayar ganti rugi RM200,000.

Kedua-dua perayu diwakili peguam Azhana Mohd Khairuddin manakala Wan Ahmad diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun. – BERNAMA

Tags: kes mahkamahMat Sabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu tampil dengan nada terbuka dan berterus...

‘Terima kasih Atas Sindiran’ – Mohamad Sabu

‘Terima kasih Atas Sindiran’ – Mohamad Sabu

15/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu mengucapkan terima kasih terhadap sindiran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd