• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelapor Khas Isu Hak Asasi Di Myanmar Lawat Malaysia

oleh AK-47
24/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia di Myanmar, Thomas Andrews telah melawat Malaysia selama enam hari sejak 17 Jun lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menurut kenyataan Kementerian Luar, Malaysia merupakan negara pertama di rantau Asia Tenggara menerima lawatan rasmi beliau yang dilantik oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

“Lawatan ini mencerminkan komitmen Malaysia dalam mencari penyelesaian yang aman dan berkekalan kepada situasi buruk di Myanmar sejak beberapa tahun kebelakangan,” katanya.

Ini ujar Wisma Putra, termasuk krisis kemanusiaan di wilayah Rakhine yang telah membawa kepada masalah pelarian berskala paling besar di ASEAN terutama kepada Malaysia sendiri.

Andrews ialah bekas Anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) serta kini Felo Kanan Hak Asasi Manusia di Sekolah Undang-Undang Yale dan pensyarah Pusat Asia di Universiti Harvard.

Beliau juga merupakan konsultan kepada pemerintah Myanmar dalam buangan iaitu Kerajaan Perpaduan Kebangsaan serta badan bebas, Euro-Burma Network dan Win Without War.

Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, situasi di Myanmar adalah penting dalam menjamin aspek keselamatan dan kestabilan ASEAN sejak organisasi itu ditubuhkan pada 1967 lepas.

“Semasa di Malaysia, beliau membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah di samping para pegawai dari pelbagai kementerian dan agensi,” jelasnya.

Ini termasuk sesi pertemuan di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) serta kelompok masyarakat sivil.

Tidak ketinggalan di Parlimen apabila beliau bertemu ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Hal Ehwal Antarabangsa, Wanita, Kanak-Kanak serta Pembangunan Sosial.

Andrews juga mengadakan perbincangan meja bulat yang dianjurkan oleh Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri sebuah agensi di bawah pihak Kementerian Luar di Kuala Lumpur.

Beliau turut berucap bersempena dengan Hari Pelarian Sedunia anjuran Kumpulan Pelbagai Parti Parlimen Malaysia, Wisma Putra dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia minggu ini.

“Lawatan julung kali ini juga bertujuan bagi memahami secara lebih dalam perspektif dan pendekatan Malaysia serta pihak ASEAN mengenai situasi di Myanmar,” tambah kenyataan itu.

Pelapor Khas PBB ini turut mengiktiraf peranan utama dimainkan oleh ASEAN serta memuji kepimpinan Saifuddin dan Malaysia dalam usaha untuk menamatkan kemelut di Myanmar.

Satu laporan lisan mengenai hasil lawatan tersebut ke Malaysia akan dibentangkan beliau pada Sesi Ke-50 Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva, Switzerland pada 29 Jun depan.

UtusanOnline-

Tags: MyanmarPBBPelapor Khas Isu Hak Asasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd