• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hospital Sultanah Aminah 2 Akan Mula Dibina 2024

oleh Mohd Arshad
23/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI: Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2) akan mula dibina pada 2024, jika ia diluluskan kerajaan dan dibentangkan dalam Belanjawan 2023 ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon, berkata pembinaan hospital baharu, HSA 2 itu dijangka dapat mengatasi isu kesesakan dua hospital sedia ada iaitu HSA dan Hospital Sultan Ismail (HSI).

Katanya, kerajaan Johor kini sedang berusaha supaya projek HSA 2 diluluskan kerajaan Persekutuan sekali gus dibentangkan dalam Belanjawan 2023 bagi membolehkan pembinaannya direalisasikan.

“Kerajaan Johor meletakkan projek mega HSA 2 sebagai projek keutamaan negeri dan ia mendapat sokongan Kementerian Kesihatan (KKM).

“KKM sudah mencadangkan pada Unit Perancang Ekonomi (EPU) supaya memperuntukkan RM500 juta bagi pembinaan HSA 2.

“Lokasi HSA adalah di Kempas dengan lot tanah sudah dikenal pasti malah KKM juga sudah membayar premium tanah seluas 207.5 hektar bagi pembinaan HSA 2,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi penggulungan EXCO Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15, hari ini.

Dalam pada itu, Tian Soon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng, berkata kerajaan Johor kini sedang menyelesaikan masalah setinggan di atas tanah bagi pembinaam projek HSA 2 itu.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah diarahkan membantu menyelesaikan segera isu setinggan di atas tanah untuk membangunkan projek HSA 2 itu.

“Jika projek HSA 2 ini diluluskan kerajaan Persekutuan, kerajaan Johor akan segera menyelesaikan isu tanah dan tender pada tahun depan sebelum memulakan pembinaan yang dijangka pada 2024,” katanya.

Tian Soon berkata, bagi pembinaan Fasa Pertama, bangunan hospital akan dibina membabitkan kapasiti 350 katil selain klinik pakar.

“Turut akan dibina dalam projek HSA 2 adalah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dan kuarters pekerja,” katanya.

Beliau berkata, HSA pula akan dikekalkan walaupun HSA 2 bakal dibina.

Katanya, ketika ini projek naik taraf sedang giat dilaksanakan termasuk menaik tarak sistem elektrik HSA yang baharu selain pembinaan bangunan baharu.

BHonline-

Tags: 2024Hospital Sultanah Aminah 2KKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

19/05/2026
0

PETALING JAYA, 19 Mei 2026 – Di sebalik kegembiraan menanti kelahiran cahaya mata, ramai ibu hamil mungkin tidak menyedari bahawa...

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di Klinik Kesihatan Setapak merupakan inisiatif sokongan komunikasi kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd