• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Tiada Sebab Hentikan Projek Empangan Nenggiri’

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan, berteraskan tiga matlamat utama iaitu sebagai penjanaan elektrik, tebatan banjir serta sumber air bersih selain bagi tujuan ekopelancongan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pembinaannya turut mendapat sokongan lebih 80 peratus responden berdasarkan beberapa kajian yang dibuat, dan ketika ini tidak ada sebab untuk kerajaan menghentikan pembinaannya.

Katanya, kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), Penilaian Impak Warisan (HIA) dan Penilaian Impak Sosial (SIA) telah dijalankan untuk projek empangan itu, selain Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) turut dilibatkan sebagai ‘orang tengah’ antara masyarakat Orang Asli di kawasan terlibat dengan kerajaan dan Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Beliau berkata, masyarakat Orang Asli di tiga perkampungan terlibat juga telah diberikan penempatan dengan pembiayaan kerajaan dan TNB.

“Bukan sahaja diberi rumah, malah kebun dan segala kemudahan sosial juga disediakan. Semua telah diperuntukkan,” katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan beberapa pihak tertentu baru-baru ini yang mendakwa pembinaan empangan itu akan menjejaskan kehidupan Orang Asli di kawasan berkenaan selain menggesa kerajaan membatalkan projek itu.
Takiyuddin sebelum ini dilaporkan berkata, projek bernilai RM5 bilion itu dijangka mula menjana elektrik pada pertengahan 2027 dan bakal meningkatkan kapasiti elektrik Tenaga Boleh Baharu (TBB) di Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata, projek itu berperanan sebagai penggerak utama peralihan industri tenaga negara dan mengukuhkan usaha memastikan bekalan elektrik yang stabil dan berdaya harap untuk rakyat dan negara.

-Sinar Harian

Tags: Empangan NenggiriprojekProjek Empangan Nenggiri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Canal City Elak Shah Alam Banjir Besar 100 Tahun, Tapi Dibatalkan Kerajaan PKR – Khir Toyo

Projek Canal City Elak Shah Alam Banjir Besar 100 Tahun, Tapi Dibatalkan Kerajaan PKR – Khir Toyo

05/11/2026
0

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa beliau pernah merancang projek tebatan banjir dikenali sebagai...

Rakyat Persoal Mengapa Projek Aplikasi TuJu Tanpa Proses Tender Terbuka – Guan Eng

Rakyat Persoal Mengapa Projek Aplikasi TuJu Tanpa Proses Tender Terbuka – Guan Eng

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menggesa kerajaan melaksanakan tender terbuka bagi membangunkan aplikasi navigasi jalan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd