• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambang Skypark Link KL Sentral Ke LTSAAS Diturunkan Jadi RM3.50

oleh AK-47
09/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Tambang perkhidmatan Skypark Link dari KL Sentral, di sini, ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, diturunkan daripada RM10 kepada RM3.50, berkuat kuasa hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, ketika mengumumkan perkara itu berkata penjimatan sebanyak 64 peratus itu adalah pelarasan tambang perkhidmatan tren ekspres kepada kadar tambang perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang.

Selain itu, beliau berkata, kadar tambang konsesi potongan 50 peratus juga terpakai bagi kanak-kanak berumur dua hingga enam tahun, pelajar sekolah rendah dan menengah, warga emas serta orang kelainan upaya (OKU).

“Kerajaan sentiasa komited membantu B40 dan golongan rentan bagi pembangunan secara inklusif tanpa meminggirkan mana-mana kumpulan masyarakat.

“Pelbagai inisiatif dibangunkan kerajaan dan agensinya bagi memberi akses kepada rakyat serta mengangkat status sosioekonomi mereka.

“Seperti yang kita ketahui, kos pengangkutan awam adalah faktor ketiga terpenting dalam menyumbang kepada kenaikan mahupun penurunan kos sara hidup rakyat di negara ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Perkhidmatan Skypark Link KL Sentral ke LTSAAS, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Rani Hisham Samsudin.

Justeru, Ka Siong berkata, rakyat diseru memanfaatkan inisiatif itu bagi memastikan objektif Dasar Pengangkutan Negara (DPN) dapat dicapai, iaitu menyediakan mobiliti yang memenuhi permintaan rakyat dan inklusif.

Beliau berkata, kementerian juga akan memantau pencapaian dasar itu secara keseluruhan, melalui pemantauan berkala dan memastikan inisiatif pelaksanaannya bersifat dinamik seiring perubahan trend semasa.

“Saya berharap penyedia perkhidmatan pengangkutan awam atau agensi pelaksana bawah Kementerian Pengangkutan, menyedia dan memperincikan serta menyelaras dan memantau setiap inisiatif yang dilaksanakan dengan pemegang taruh.

“Semoga KTMB dan agensi lain dapat bersama-sama memastikan kelestarian pengangkutan negara sehingga menjadi sebutan negara lain,” katanya.

BHonline-

Tags: DiturunkanKL SentralTambang Skypark Link
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Subsidi BUDI95 Diturunkan Kepada 200 Liter, Rakyat Hanya Guna 100 Liter – PM Anwar

Subsidi BUDI95 Diturunkan Kepada 200 Liter, Rakyat Hanya Guna 100 Liter – PM Anwar

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menurunkan kelayakan penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada hanya 200 liter sebulan berkuat kuasa 1...

32,676 Kandungan Penipuan Diturunkan Setakat 15 Ogos

32,676 Kandungan Penipuan Diturunkan Setakat 15 Ogos

03/09/2024
0

PETALING JAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menurunkan sejumlah 32,676 kandungan penipuan atau scam dalam talian antara Januari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd