• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MOF Jadikan Kuala Selangor ‘Daerah Angkat’ Lulus Stesen ECRL Puncak Alam

oleh AK-47
06/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan hasratnya untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai ‘Daerah Angkat’ Kementerian Kewangan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri kewangan itu berkata ia agar daerah it dapat dimajukan semaksimum mungkin seiring dengan projek pembinaaan stesen Jajaran Utara Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Puncak Alam.

“Saya secara peribadi sememangnya sedikit sentimental dengan daerah Kuala Selangor ini.

Memang banyak potensi tempatan yang boleh dikembangkan dan diketengahkan,” katanya ketika berucap di Majlis Kenduri Rakyat Kuala Selangor di Puncak Alam malam tadi, seperti dipetik Bernama.

Bagaimanapun, Zafrul berkata kementeriannya tidak memihak kepada mana-mana daerah tertentu di negara ini.

“Apabila anda harus membuat sesuatu dasar, adalah penting untuk kita memahami keadaan di bawah, oleh kerana itu saya telah menjelajah ke seluruh pelusuk Malaysia dan isu yang paling utama sekarang adalah memastikan usaha pemulihan ekonomi terus bergerak di landasan yang telah ditetapkan,” katanya.

Ditanya sama ada dia mungkin akan bertanding di parlimen Kuala Selangor pada PRU akan datang, Zafrul berkata tumpuannya kini hanya kepada Kementerian Kewangan.

Banyak spekulasi timbul sebelum ini bahawa Zafrul sedang menimbang untuk bertanding di kerusi parlimen itu.

Bagaimanapun Ketua Umno Kuala Selangor dilaporkan telah bertindak menghalang kepemimpinan bahagian tersebut untuk terlibat dengan program Zafrul di situ.

Mengenai stesen ECRL, Zafrul berkata pelbagai pihak telah menemuinya dan menyuarakan hasrat penduduk agar membina stesen ECRL di Puncak Alam.

“Oleh yang demikian, saya telah mohon pihak berkaitan untuk memberi pertimbangan rapi terhadap permintaan stesen ECRL ini dan Alhamdulillah ia telah diluluskan dan insya-Allah akan ada stesen ECRL di Puncak Alam ini,” katanya lagi.

Menurut laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar untuk projek ECRL, stesen Puncak Alam disenaraikan sebagai “sementara”, bersama-sama dengan stesen Kapar.

ECRL merupakan projek infrastruktur terbesar Malaysia – pada masa ini diunjurkan menelan belanja RM50 bilion – dan akan menghubungkan pantai timur Semenanjung Malaysia dengan Pelabuhan Klang.

Segmen ECRL Lembah Klang akan mengikut jajaran utara, mengelakkan kebanyakan kawasan berpenduduk padat.

-Malaysia Kini

Tags: Daerah AngkatECRLKuala SelangorMOFPuncak AlamStesen ECRL Puncak Alam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Harga Minyak Mentah Global Tidak Dapat Dielakkan – Kementerian Kewangan

Kenaikan Harga Minyak Mentah Global Tidak Dapat Dielakkan – Kementerian Kewangan

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenaikan harga minyak mentah global tidak dapat dielakkan, namun Kerajaan Madani kekal komited melindungi rakyat daripada tekanan...

Harga Minyak Naik Lagi

Harga Minyak Naik Lagi

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Harga bahan api tanpa subsidi mengalami peningkatan sekali lagi apabila kerajaan mengumumkan pelarasan terbaharu harga runcit petroleum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd