• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Ujian Akhir Sesi Akademik Bukan Untuk Ke Sekolah Asrama

oleh Mohd Arshad
02/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Keputusan Ujian Akhir Sesi Akademik dalam pentaksiran sumatif bermula tahun ini tidak akan digunakan untuk kemasukan ke sekolah khusus.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata murid sebaliknya perlu menduduki Pentaksiran ke Sekolah Khusus (PKSK) yang mula diguna pakai sejak 2020.

“Pendekatan untuk masuk (ke sekolah khusus) adalah, murid yang berminat perlu menduduki pentaksiran berasingan iaitu PKSK.

“Itu adalah pendekatan yang kita gunakan. Jangan nanti ingat kita tidak ada PKSK kerana ia kekal dan akan digunakan untuk kemasukan sekolah khusus,” katanya pada Sidang Media Khas di kementeriannya semalam.

Ditanya sama ada kedua-dua ujian akan dijalankan serentak, Radzi berkata ia dilakukan secara berasingan seperti sebelum ini.

Sekolah khusus merujuk kepada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD)

Radzi berkata, PKSK mempunyai prosedur sendiri dan KPM akan mengumumkan bila murid akan boleh mendudukinya.

Apabila tarikh diumumkan, murid satu calon berminat bolehlah ke pusat yang ditetapkan KPM.

“Tujuan kita adalah kita tidak mahu ujian ini (Ujian Akhir Sesi Akademik) dijadikan ‘high stakes exam’ (ujian penting) yang semua memberikan tekanan untuk masuk asrama,” katanya.

Mengenai pemilihan aliran sama ada Sains atau Sastera di Tingkatan Empat, Radzi berkata perbincangan akan diadakan dengan guru, murid serta ibu bapa dan pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) akan membantu penetapan itu.

-Berita Harian

Tags: keputusanSekolah AsramaUjian Akhir Sesi Akademik
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Keputusan Ini Dibuat Setelah Pertimbangan Yang Panjang” – Nurul Izzah

“Keputusan Ini Dibuat Setelah Pertimbangan Yang Panjang” – Nurul Izzah

06/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar menegaskan keputusan beliau untuk meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibuat...

DAP Buat Keputusan Kekal Atau Keluar Kerajaan Pada 16 Ogos – Anthony Loke

DAP Buat Keputusan Kekal Atau Keluar Kerajaan Pada 16 Ogos – Anthony Loke

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – DAP akan menyerahkan kepada lebih 4,000 perwakilan parti untuk menentukan sama ada parti itu akan terus kekal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd