• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Palsu Dokumen: Bekas Menteri Sabah Dipenjara 3 Tahun, Denda RM50,000

oleh AK-47
26/05/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah, Peter Anthony gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan, kata Hakim Azura Alwi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Peter Anthony disabitkan kesalahan memalsukan surat dari pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk kontrak penyelenggaraan sistem.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini turut menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 sebagai ganti hukuman penjara tambahan 15 bulan terhadap bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah itu.

Hakim Azura Alwi memutuskan Peter gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.

Hari ini ditetapkan untuk keputusan peringkat pembelaan kes terhadap bekas pemimpin Warisan dan presiden semasa Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang berpangkalan di Sabah itu.

Pada 14 Dis 2021, mahkamah memerintahkan Peter, 51, membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Peter sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 iaitu memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Ketika membacakan penghakimannya, Azura menolak pembelaan tertuduh sebagai renungan dan penafian semata-mata.

Dia berkata saksi pendakwaan tidak mempunyai kepentingan atau meraih keuntungan dalam memalsukan surat itu dan keterangan mengikut keadaan (circumstantial evidence) yang digabungkan dengan keterangan lain menunjukkan hanya tertuduh yang mempunyai motif dan peluang untuk melakukan kesalahan itu.

Azura berkata, hanya tertuduh melalui Syarikat Asli Jati mempunyai kepentingan dalam kontrak itu.

“Mahkamah mendapati walaupun tiada bukti langsung yang menunjukkan anda telah memalsukan (dokumen) dengan (menulis) tajuk, terdapat keterangan mengikut keadaan dan keterangan (untuk menunjukkan bahawa) hanya anda sahaja yang mempunyai peluang untuk memalsukan dan keterangan ini mencukupi (untuk membuktikan) yang anda telah memalsukan dokumen itu,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: bekas menteriPalsu DokumenPenjaraPeter Anthony
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Negeri Sembilan Tumbang? – 14 ADUN BN Umum Tarik Sokongan Terhadap MB

Kerajaan Negeri Sembilan Tumbang? – 14 ADUN BN Umum Tarik Sokongan Terhadap MB

27/04/2026
0

SEREMBAN – Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias memaklumkan kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN)...

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd