• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Profesor Amerika Syarikat Pilih Malaysia Untuk Peluk Islam

oleh Mohd Arshad
24/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Tertarik dengan isi kandungan al-Quran membuatkan seorang profesor dalam bidang ekonomi, John Nash Houchen, 56, dari Kentucky, Amerika Syarikat memilih Islam sebagai jalan hidup.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Beliau yang pernah mengajar di Universiti Winconsin telah mengkaji mengenai agama Islam sejak sekian lama terutama daripada rakan-rakan rakyat Malaysia yang pernah menuntut di universiti berkenaan.

Bermula dari situ, John Nash pertama kali berkunjung ke Malaysia pada tahun 2019 untuk mengenali agama Islam selain budaya penduduk di negara ini, sebelum pulang semula ke Amerika Syarikat.

Hasratnya untuk kembali semula ke Malaysia tertangguh lebih dua tahun berikutan penularan Covid-19.

“Apabila sempadan negara dibuka, saya terus ambil kesempatan untuk kembali semula ke Malaysia.

“Semasa dalam penerbangan ke Malaysia, saya sempat mendengar alunan bacaan al-Quran berserta terjemahannya.Hati saya semakin tertarik dengan isi kandungan al-Quran itu.

“Sebaik sahaja menjejakkan kaki di Malaysia, saya nekad dan yakin untuk memeluk Islam dengan menghubungi kenalan rakyat Malaysia yang ada untuk membantu saya,” katanya.

John Nash berkata demikian selepas mengucapkan syahadah yang secara sah menjadikan beliau seorang Muslim.

Majlis ucapan syahadah itu dikendalikan oleh Penaung Persatuan Infaq Kebajikan Ummah Takaful (MyIKUT), Zolkifly Md Lazim di Pejabat Pesuruhjaya Sumpah Yuyun, Bandar Perda, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah pada Isnin.

John Nash mengakui sebaik selesai mengucapkan syahadah, hatinya kini rasa lebih tenang dan tenteram.

“Perasaan tenang dan tenteram ini tidak pernah ada, ia datang tiba-tiba. Saya rasa lega,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai keputusannya memeluk Islam, John Nash berkata, antara faktor beliau memilih Islam ialah kerana keikhlasan penganutnya termasuk apabila berhadapan dengan orang bukan Islam.

“Sejak mengenali ramai penuntut beragama di Amerika Syarikat termasuk dari Malaysia, saya dapati mereka ini ikhlas dalam kehidupan termasuk ketika membantu penganut agama lain dan sebagainya.

“Dari situlah minat saya untuk mengkaji agama Islam bermula,” katanya.

John Nash berkata, beliau kini berhasrat untuk terus menetap dan menjalani kehidupannya di Malaysia selepas baru sahaja bersara sebagai tenaga pengajar di universiti di Amerika Syarikat.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua termasuk MyIKUT. Selain tenang, gembira, teruja, saya kini merasakan ada kekuatan dalam diri untuk terus menjalani kehidupan yang akan datang,” katanya.

Sementara itu Zolkifly berkata, pihaknya menerima permintaan daripada penduduk untuk membantu John Nash memeluk Islam.

“MyIKUT akan sentiasa membantu golongan mualaf. Mereka yang telah peluk Islam kita akan pantau dan jika ada keperluan seperti bantuan, nasihat dan sebagainya, MyIKUT sentiasa ringan tulang,” katanya.

SinarHarian-

Tags: islamMalaysiaProfesor Amerika Syarikat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Yakin ASEAN Terus Jadi Tonggak Keamanan, Kestabilan Serantau

Malaysia Yakin ASEAN Terus Jadi Tonggak Keamanan, Kestabilan Serantau

25/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia menegaskan komitmen untuk memperkukuh kerjasama politik, perundangan dan keselamatan serantau bagi memastikan ASEAN kekal sebagai rantau yang...

Rundingan Perdagangan Malaysia-AS Diumum Ahad Ini – Tengku Zafrul

Rundingan Perdagangan Malaysia-AS Diumum Ahad Ini – Tengku Zafrul

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mengesahkan rundingan perjanjian perdagangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd