• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HFMD Naik 20 Kali Ganda Kepada 47,209 Kes

oleh AK-47
24/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 2,379 kes jangkitan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) sehingga Sabtu lalu, iaitu meningkat 20 kali ganda sebanyak 47,209 kes berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi satu kenyataan media, hari ini, berkata daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan jumlah kes terbesar iaitu 13,640 kes atau 28.9 peratus.

Ini diikuti oleh Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan 6,209 kes (13.1 peratus) manakala Perak pula merekodkan 4,099 kes (8.7 peratus).

Katanya, peningkatan kes HFMD turut dilaporkan di Kelantan dengan 3,726 kes (7.9 peratus) dan Sabah 3,352 kes (7.1 peratus) manakala, negeri lain mencatatkan sekitar atau kurang daripada 2,500 kes.

“Peningkatan kes pada ME 20/2022 sudah dijangkakan berikutan pergerakan penduduk di negara ini semasa sambutan Aidilfitri,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah iaitu sebanyak 43,736 kes atau 93 peratus dan diikuti oleh kumpulan umur 7 hingga 12 tahun iaitu 2,765 kes atau 6 peratus, manakala selebihnya 1 peratus adalah di kalangan mereka yang berumur lebih 12 tahun iaitu 696 kes.

“Majoriti lokasi penularan wabak ini berlaku di taska, tadika dan pra-sekolah iaitu 711 wabak (61 peratus), diikuti oleh rumah persendirian dengan 407 wabak (35 peratus) serta pusat jagaan kanak-kanak sebanyak 42 wabak (3 peratus).

“Wabak dikira apabila terdapat dua atau lebih kes dalam satu lokaliti dan kes mempunyai kaitan epidemiologi serta berlaku dalam tempoh inkubasi penyakit HFMD.

“Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah sudah menjalankan sesi libat urus dengan agensi yang menyelia pengurusan taska, tadika dan pra-sekolah, selain mengeluarkan surat ‘alert’.

“Sesi libat urus ini sudah diadakan sejak ME 17/2022 berikutan peningkatan kes HFMD di kebanyakan negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, sehingga Sabtu, sebanyak 5,124 premis sudah diperiksa; premis diberi tunjuk ajar serta dipantau pelaksanaan disinfeksi (3,157) dan penutupan premis secara sukarela (41) serta 138 premis ditutup mengikut peruntukkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Orang ramai terutama ibu bapa yang mempunyai anak kecil dinasihatkan untuk tidak membawa anak ke tempat berisiko berlaku penularan jangkitan HFMD seperti taman permainan awam.

“Masyarakat juga dinasihatkan untuk melaporkan kejadian kes HFMD yang berlaku di taska, tadika dan sekolah kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan kawalan,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: HFMDKes HFMDmeningkat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Mula Terasa Kesan Kos Hidup Meningkat… Bersedia, Berjimat, Berdoa – Yusuf Azmi

Ramai Mula Terasa Kesan Kos Hidup Meningkat… Bersedia, Berjimat, Berdoa – Yusuf Azmi

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis masyarakat, Yusuf Azmi menyarankan orang ramai agar bersedia menghadapi cabaran ekonomi yang semakin mencabar susulan ketidaktentuan...

Harga Makanan Kegemaran Meningkat Hampir Dua Kali Sejak 13 Tahun Lalu – DOSM

Harga Makanan Kegemaran Meningkat Hampir Dua Kali Sejak 13 Tahun Lalu – DOSM

30/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Harga makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti roti canai, nasi lemak dan sate meningkat hampir dua kali sejak 13...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd