• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Segera Bersih, Dalamkan Sungai Punca Banjir Kilat Janda Baik

oleh Mohd Arshad
14/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang menitahkan kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menyegerakan kerja membersih dan mendalamkan sungai yang menjadi punca utama banjir kilat di Janda Baik, Bentong, Rabu lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffah Billah Shah juga bertitah supaya Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Bentong dilaksanakan dengan segera.

Selain itu, Tengku Mahkota mahu Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) di Bentong, termasuk pembinaan Stesen Telemetri dan Stesen Amaran Banjir di huluan kawasan Janda Baik, turut disegerakan.

“Pada tahun lalu, Pahang telah dilanda banjir sebanyak dua kali, iaitu pada awal dan akhir tahun. Beberapa siri kejadian banjir kilat juga telah berlaku disebabkan hujan yang amat lebat.

“Justeru, kerja membersih dan mendalamkan sungai ini juga perlu dilakukan, bukan sahaja di kawasan Janda Baik, malah di semua sungai dan saliran yang telah cetek dan banyak mendapan di seluruh negeri akibat kejadian banjir terbabit.

“Saya titah agar pelaksanaan kerja-kerja pembersihan semua sungai dan saliran terbabit mesti dilaksanakan segera oleh kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan sebelum negara memasuki musim Monsun Timur Laut pada hujung tahun ini,” titah Pemangku Raja Pahang dalam kenyataan media, hari ini.

Tengku Hassanal Ibrahim turut menziarahi mangsa banjir di kawasan Janda Baik semalam dan menghulurkan sumbangan, selain melawat kawasan terjejas dan mendengar taklimat mengenai tindakan susulan segera tebatan banjir bagi mengurangkan risiko bencana berkenaan.

“Saya mengambil maklum bahawa hujan lebat luar biasa pada 11 Mei lalu dengan kelebatan 87.5 milimeter (mm) selama tiga jam bermula pada jam 4 pagi di Bentong, mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan,” katanya.

Kawasan terlibat seperti Kampung Janda Baik, Kampung Sum-Sum, Kampung Cheringin, Kampung Chemperoh dan Kampung Lampin.

BHonline-

Tags: banjir kilatJanda Baiksungai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

Mayat Lelaki Ditemui Di Tepi sungai Bandar Sunway

Mayat Lelaki Ditemui Di Tepi sungai Bandar Sunway

01/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Mayat lelaki ditemui di tepi sungai berhampiran sebuah kolej swasta di Bandar Sunway, malam tadi. Mayat yang hanya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd