• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPNP Gagalkan Cubaan Pindah Balak Hutan Simpan

oleh AK-47
06/05/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Bentong : Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menggagalkan cubaan sindiket membawa keluar balak pelbagai saiz dari Hutan Simpan Kemasul Tambahan Bentong, di sini pada Syawal ke-3, kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pasukan Unit Penguat Kuasa Barat (UPKB) JPNP dan Pejabat Hutan Daerah (PHD) Bentong sebelum itu menerima aduan awam berhubung perkara berkenaan sebelum melakukan serbuan di Kompartmen Tiga hutan simpan itu.

Ketua Penolong Pengarah (Penguat Kuasa) JPNP Nor Azirim Ahmad berkata, pemeriksaan dilakukan menemui tiga tunggul balak jenis Meranti dipercayai ditebang pihak tidak bertanggungjawab dan longgokan 65 batang kayu bergergaji pelbagai saiz.

Katanya, kayu dipercayai untuk dijadikan tiang pagar kebun dan rumah dengan nilainya antara RM3,000 ke RM4,000 mengikut harga pasaran.

“Aktiviti dipercayai dilakukan tiga individu tempatan yang berkemahiran dan aktiviti pencarian kayu berikutan permintaan tinggi masyarakat,” katanya hari ini.

Nor Azirim berkata, perbuatan menceroboh hutan simpan, menebang pokok dan membelah balak adalah salah di sisi undang-undang, malah pihaknya sentiasa melakukan penguatkuasaan terutama apabila menerima aduan meskipun pada musim perayaan.

“Kita akan berusaha mengesan individu yang terbabit dengan pencerobohan ini dan tindakan boleh diambil mengikut Akta Perhutanan Negara 1984,” katanya yang berharap masyarakat sentiasa melaporkan kepada pihaknya sekiranya mempunyai maklumat berkaitan pencerobohan hutan.

-Harian Metro

Tags: balakJPNPPindah Balak Hutan Simpan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kelantan Komited Guna Amalan PHSB Urus Balak

28/01/2022
0

Kota Bharu : Jabatan Perhutanan Kelantan (JPNK) komited untuk memastikan semua kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri itu diurus...

Aktiviti Pengusahasilan Hutan, Angkut Balak Dihenti Sementara

05/01/2022
0

KUANTAN - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mengesahkan telah mengeluarkan arahan supaya memberhentikan sementara operasi pengusahasilan hutan dan pengeluaran kayu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd