• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Komited Guna Amalan PHSB Urus Balak

oleh AK-47
28/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Bharu : Jabatan Perhutanan Kelantan (JPNK) komited untuk memastikan semua kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri itu diurus sepenuhnya menerusi amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB).

Pengarahnya, Abdul Khalim Abu Samah berkata, keluasan kawasan berhutan di Kelantan sehingga Disember 2020 adalah 767,202.50 hektar di mana 629,880.95 hektar adalah HSK dan selebihnya Hutan Tanah Kerajaan dan Taman Negara.

Katanya, HSK dibahagikan kepada hutan pengeluaran iaitu seluas 468,714.63 hektar (74.41%), manakala hutan perlindungan pula seluas 161,166.32 hektar (25.59%).

“Pengusahasilan hutan atau pembalakan hanya dibenarkan di hutan pengeluaran sahaja, manakala pembalakan di hutan perlindungan tidak dibenarkan.

“Dalam konteks ini, JPNK komited untuk memastikan semua kawasan HSK di Kelantan diurus sepenuhnya di awah amalan PHSB.

“Untuk mencapai matlamat ini, pembalakan di HSK ditentukan berdasarkan Catuan Tebangan Tahunan (CTT) dan Pengurusan Hutan Memilih dengan had batas tebangan sekurang-kurangnya 60 sentimeter (cm) kaum damar dan 50 cm kaum bukan damar,” katanya menerusi kenyataan media, di sini, hari ini.

Abdul Khalim berkata, pelaksanaan CTT adalah untuk mengimbangi jumlah pengeluaran dan penghasilan kayu dengan keupayaan serta keluasan hutan pengeluaran di dalam HSK.

Menurutnya, dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) menetapkan CTT di Kelantan adalah 5,417 hektar setahun, manakala RMK-12 adalah 3,900 hektar setahun.

“Pembalakan pada RMK-11 iaitu dari 2016 hingga 2020 adalah di antara 25.57 peratus sehingga 58.11 peratus daripada jumlah CTT yang ditetapkan iaitu 5,417 hektar, manakala pembalakan RMK-12 iaitu 2021 hanya 32.74 peratus atau 2,623 hektar daripada 3,900 hektar CTT.

“Berdasarkan kepada CTT itu, keluasan kawasan yang dilesenkan bagi RMK-11 dan RMK-12 di Kelantan adalah lebih rendah berbanding CTT yang ditetapkan,” katanya.

Katanya, sektor perhutanan menjadi antara penyumbang keempat kepada hasil negeri iaitu sebanyak 10 peratus daripada jumlah keseluruhan.

-Harian Metro

Tags: Amalan PHSBbalakKelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd