• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aktiviti Pengusahasilan Hutan, Angkut Balak Dihenti Sementara

oleh AK-47
05/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mengesahkan telah mengeluarkan arahan supaya memberhentikan sementara operasi pengusahasilan hutan dan pengeluaran kayu dari matau di Pahang bermula Isnin susulan banjir.

Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, arahan itu dikeluarkan melalui satu surat pekeliling kepada pegawai JPNP.

“Surat itu (pekeliling) adalah edaran dalaman untuk pegawai saya. Mereka diminta supaya memastikan tiada pelanggaran terhadap arahan ini.

“Arahan itu juga untuk menjaga keselamatan kakitangan JPNP, pekerja pembalakan dan pengguna jalan raya kerana musim banjir ini boleh mendatangkan bahaya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Pada Selasa, sebuah portal mendedahkan pihak JPNP telah mengeluarkan satu surat bertajuk ‘Arahan penangguhan sementara aktiviti pengusahasilan hutan dan pengangkutan kayu balak semasa musim tengkujuh dan bencana banjir tahun 2022’.

Surat pekeliling yang dikeluarkan Mohd Hizamri seperti berikut:

“Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah mengambil keputusan untuk memberhentikan sementara operasi pengusahasilan hutan dan pengeluaran kayu dari matau di Negeri Pahang bermula 3 Januari 2022 sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Justeru itu, pihak tuan adalah dipohon untuk mengambil tindakan segera bagi penangguhan sementara ini bagi mengurangkan impak terhadap kawasan usahasil dan keselamatan pekerja.

-Sinar Harian

Tags: Angkut BalakJPNPPengusahasilan Hutan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPNP Gagalkan Cubaan Pindah Balak Hutan Simpan

06/05/2022
0

Bentong : Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menggagalkan cubaan sindiket membawa keluar balak pelbagai saiz dari Hutan Simpan Kemasul Tambahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd