• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN Johor Perhalusi Enakmen Anti Lompat Parti

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan memberi perhatian dan memperhalusi Enakmen Anti Lompat Parti.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, enakmen ini akan memastikan tidak ada lagi ahli politik yang tidak berprinsip yang mengkhianati mandat rakyat.

“Perkara perlu kita utamakan adalah anti lompat parti, saya juga baru-baru ini berjumpa dengan (Ahli Parlimen Pengerang) Datuk Seri Azalina (Othman Said), yang mana saya difahamkan baru-baru ini isu itu mempunyai teknikal yang perlu diperhalusi kerajaan di peringkat Parlimen.

“Jadi kami di Johor pun akan mengorak langkah yang sama untuk memastikan perkara ini diteliti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Pertama bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail di sini pada Khamis.

Onn Hafiz bagaimanapun berkata, pelaksanaan Enakmen Anti Lompat Parti akan berlandaskan keselarian dengan fahaman di peringkat Persekutuan.

“Buat masa ini perkara utama bagi merealisasikan usaha berkenaan adalah dengan melihat dahulu perkembangan semasa Akta Anti Lompat Parti di peringkat persekutuan.

“Saya lihat apa pun yang berlaku di peringkat Parlimen, mesti juga akan ada kesannya di peringkat kerajaan negeri,.

“Kita kena lihat adakah perkara itu akan ada kesan kepada kita. Paling utama hubungan Putrajaya dan Johor mesti ada keselarian,” katanya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Barisan Nasional (BN) menyatakan bahawa pihak mereka akan memperkenalkan Enakmen Anti Lompat Parti sebagai salah satu tawaran utama sekiranya berjaya membentuk kerajaan.

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad memaklumkan perkara itu merupakan salah satu inisiatif yang mahu ditawarkan dalam teras Reformasi Politik bagi memastikan kerajaan negeri selepas ini kekal stabil.

-Sinar Harian

Tags: DUN JohorEnakmen Anti Lompat PartiJohor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Sekolah Di Johor Ditutup Dua Hari Susulan Jerebu

Semua Sekolah Di Johor Ditutup Dua Hari Susulan Jerebu

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Semua sekolah di seluruh Johor akan ditutup selama dua hari pada 8 dan 9 Oktober 2026 susulan...

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

21/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekalan air di Johor masih berada dalam keadaan terkawal meskipun paras Empangan Machap menunjukkan penyusutan susulan cuaca...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd