• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mosti Bangunkan Platform Perkongsian Data Mentah Penyelidikan

oleh Mohd Arshad
17/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI : Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (Mosti) menerusi Akademi Sains Malaysia (ASM) sedang dalam usaha menyediakan sebuah platform perkongsian data mentah penyelidikan yang sejajar dengan Dasar Perkongsian Data Sektor Awam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, data mentah penyelidikan yang dihimpunkan oleh ASM menerusi Platform Sains Terbuka Malaysia (MOSP) boleh menjadi salah satu kluster di bawah data sektor awam negara.

Katanya, menerusi inisiatif tersebut, penyelidik dapat melakukan kerja-kerja penyelidikan dengan terangkum dan dianggarkan kerajaan dapat melakukan penjimatan kos kerja-kerja penyelidikan sekurang-kurangnya RM500 juta setahun.

“Platform yang kini sedang dalam pembangunan akan menghubungkan lima universiti penyelidikan negara di bawah projek rintis MOSP yang akan menjadi pintu gerbang kepada data mentah penyelidikan dan merupakan aset berharga negara.

“MOSP sehingga kini berjaya melatih lebih 200 orang penyelia data (data steward) di peringkat nasional. Latihan Pengawasan Data untuk Sains Terbuka ini berjaya meningkatkan kemahiran pustakawan dan penyelidik daripada pelbagai IPT dan institut penyelidikan negara.

“MOSP juga telah mencatat lebih 2 juta capaian untuk program kesedaran Sains Terbuka di peringkat nasional dan antarabangsa. Selain itu, platform ini turut giat bekerjasama dengan organisasi dan platform Sains Terbuka antarabangsa dan menjadi ahli dalam inisiatif global seperti Global Open Science Cloud (GOSC),” katanya pada majlis Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia 2022 dan Ihya Ramadan di sini, semalam.

-Utusan Online

Tags: Data Mentah PenyelidikanMostiPlatform
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MOSTI Diberi Tempoh 2 Minggu Siapkan Akses Penuntut IPT – PM

MOSTI Diberi Tempoh 2 Minggu Siapkan Akses Penuntut IPT – PM

10/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh dua minggu kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menyiapkan...

Geely Dan DC-Sciences Labur RM32.5 Bilion Di Malaysia – MOSTI

Geely Dan DC-Sciences Labur RM32.5 Bilion Di Malaysia – MOSTI

06/04/2023
0

PUTRAJAYA – Lebih RM32.5 bilion nilai pelaburan berjaya diraih Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) susulan lawatan rasmi Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd