• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masih Mengemis Walaupun Dah Dapat Bantuan JKM

oleh Mohd Arshad
17/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Bharu : Mengemis kerana tiada duit walaupun sudah mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Itu alasan diberikan kebanyakan pengemis yang diselamatkan oleh pihak penguat kuasa, semalam.

Menerusi operasi bersepadu antara Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), JKM dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), 10.30 pagi hingga 2.30 petang semalam, 16 pengemis termasuk tiga warganegara Rohingya berusia antara 12 hingga 70 tahun ditahan di kawasan Pasar Besar Siti Khadijah, depan bank Jalan Lundang dan depan bank Kubang Kerian di sini.

Ketua Jabatan Penguatkuasaan MPKB-BRI Mohd Halimie Md Salleh berkata, pihaknya turut menyelamatkan bayi berusia 10 bulan yang dibawa ibunya untuk mengemis.

Katanya, kebanyakan pengemis memaklumkan mereka mengemis kerana tidak mempunyai wang.

“Mereka ini kebanyakan sudah mendapat bantuan wang bulanan daripada JKM. Kita menyelamatkan mereka supaya tidak terus meminta simpati daripada orang ramai.

“Tindakan menyelamatkan ini dikenakan jika berlaku kesalahan dan pengemis akan dihantar ke institusi JKM bagi penjagaan dan tindakan sewajarnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi bersepadu terhadap pengemis dijalankan mengikut Akta Orang Papa 1977 (Akta 183) kerana tidak mematuhi dan membabitkan kesalahan di tempat awam.

-Harian Metro

Tags: bantuanbantuan JKMJKMmengemis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd