• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Kecualikan Duti Hiburan Tahun Ini

oleh Mohd Arshad
08/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Kerajaan negeri bersetuju memberikan pengecualian duti hiburan selama setahun untuk bayaran masuk pertunjukan pentas (bertiket) bagi artis tempatan berkuat kuasa 1 Januari hingga 31 Disember 2022.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengecualian itu bagaimanapun tidak terpakai untuk artis antarabangsa.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata keputusan itu dibuat selepas menerima pandangan dan maklum balas orang ramai terutamanya golongan seni berkenaan pelaksanaan duti hiburan yang menjadi perhatian baru-baru ini.

“Kerajaan negeri juga ingin memaklumkan bahawa buat masa ini tiada sebarang caj duti hiburan dikenakan untuk aktiviti ‘busking’.

“Kadar duti hiburan untuk live band (tidak bertiket) juga turut diberi pengecualian selama setahun bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Amirudin memaklumkan perkembangan pewartaan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

“Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor sudah diarahkan untuk mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara dengan kadar segera.

“Keluasan ini membabitkan kawasan Kampung Orang Asli Busut Baru seluas 42.05 hektar dan jajaran laluan Paip Air Mentah Loji Rawatan Air Sg Rasau seluas 8.58 hektar, menjadikan keseluruhan kawasan yang akan diwarta semula seluas lebih kurang 486.07 hektar,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Duti HiburanKecualikanselangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

30/03/2026
0

BANGI - Isu penempatan kuil tidak sah di atas sebahagian tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa...

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

13/01/2026
0

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Sahibus Samahah Mufti Selangor menzahirkan pendirian tegas menentang sebarang bentuk penganjuran, sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd