• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ismee: Tanggapan Saya Najib Mahu Usaha Sama 1MDB-PSI Diteruskan

oleh AK-47
06/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pasukan pembelaan Najib Razak berhujah yang bekas perdana menteri itu tidak pernah mengarahkan lembaga pengarah 1MDB pada 2009 untuk meneruskan usaha sama dengan syarikat Abu Dhabi, Petrosaudi International (PSI).

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Namun bekas ahli lembaga pengarah Ismee Ismail menegaskan bahawa tanggapannya adalah pada masa itu Najib ingin ia diteruskan.

Saksi pendakwaan ke-13 itu berkata demikian ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah, dalam perbicaraan rasuah RM2.28 dana 1MDB terhadap Najib hari ini.

Shafee bertanya tentang perbualan telefon antara pengerusi lembaga pengarah ketika itu, Mohd Bakke Salleh dengan Najib ketika mesyuarat pada 26 September 2009.

Dalam perbicaraan kes pinda laporan audit 1MDB minggu lalu, Bakke berkata Najib menerusi telefon mengarahkannya agar tidak terlalu menghabiskan banyak masa meneliti transaksi lalu – yang mencetuskan keraguan padanya – tetapi sebaliknya fokus kepada cadangan usahasama 1MDB dan PSI.

Bakke berkata ahli perniagaan Low Taek Jho – yang turut hadir dalam mensyuarat itu – menyerahkan telefon itu kepadanya. Bakke berkata Ismee turut ada pada masa itu.

Hari ini, Shafee turut merujuk keterangan Bakke dalam perbicaraan lain.

Dia bertanya Ismee jika Bakke – selepas panggilan telefon dengan Najib – memang memberitahu lembaga pengarah untuk tidak mengambil kira transaksi lalu melibatkan 1MDB dan hanya fokus kepada usaha sama 1MDB-PSI.

Ismee berkata Bakke tidak memperincikan perbualan dengan Najib, tetapi hanya berkata lembaga pengarah perlu membuat keputusan tentang cadangan usaha sama itu.

Shafee: Bakke tak pernah kata perdana menteri (Najib) arahkan lembaga untuk teruskan usaha sama. Dari mulutnya (Bakke) sendiri (kepada lembaga pengarah), dia kata perdana menteri kata lembaga pengarah perlu menimbang cadangan usaha sama dan buat keputusan. Najib tak kata apa keputusan (yang perlu dibuat) untuk projek penting ini? Bukankah itu mesej yang disampaikan Bakke kepada lembaga pengarah?

Ismee: Saya dalam tanggapan perdana menteri (Najib) yang mahu ia diteruskan.

Timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib kemudian membantah soalan-soalan Shafee, menyatakan ia bersamaan dengan bertanya tentang pendirian Ismee tentang apa yang cuba disampaikan Bakke.

Sequerah kemudian mengarahkan pembelaan untuk merangka semula soalan kepada apakah tanggapan Ismee berkenaan apa yang diberitahu Bakke kepadanya dan ahli lembaga pengarah yang lain.

-Malaysia Kini

Tags: 1MDBnajibPSIUsaha Sama 1MDB-PSI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiba-Tiba Rindu 1Malaysia, Perpaduan Dan Keharmonian

Tiba-Tiba Rindu 1Malaysia, Perpaduan Dan Keharmonian

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub ISU binaan haram semakin panas. Bukan sekadar debat di media sosial, tetapi sudah sampai tahap dua individu diserang...

‘Mereka Tidak Mahu Najib Razak Disekat Dengan Had Tempoh PM 10 Tahun’

‘Mereka Tidak Mahu Najib Razak Disekat Dengan Had Tempoh PM 10 Tahun’

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang bekas pemimpin DAP mendakwa usul bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri di Parlimen semalam sengaja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd