• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hak Pembelaan Panggil Najib Saksi Kes Rosmah

oleh Mohd Arshad
04/04/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Datin Seri Rosmah Mansor perlu dilepaskan dan dibebaskan daripada tiga pertuduhan meskipun tidak memanggil suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai saksi pembelaan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pasukan pembelaan Rosmah dalam hujahan bertulisnya berkata, pihaknya memilih untuk tidak memanggil Najib sebagai saksi pembelaan kerana keterangannya hanya bersifat menyokong.

Dalam hujahan secara bertulis kepada Mahkamah Tinggi, malah pihak pembelaan Rosmah menimbulkan keraguan munasabah dalam kes rasuah dihadapi isteri bekas Perdana Menteri itu.

“Adalah menjadi hak pembelaan untuk memanggil saksi yang ditawarkan, Najib sebagai saksi untuk memberi keterangan di hadapan mahkamah.

“Bagaimanapun, pada 10 Januari lalu, peguam bela Datuk Jagjit Singh telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa pembelaan memutuskan menyusun semula strategi selepas membincangkan merit memanggil Najib dan memilih tidak memanggil kerana buktinya hanyalah bersifat menyokong.

“Ketua pasukan pendakwaan Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata pihaknya tidak mempunyai isu dengan keputusan itu untuk tidak memanggil Najib kerana ia adalah prerogatif pembelaan berbuat demikian,” kata pembelaan dalam hujahan bertulisnya yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 29 Mac lalu.

Rosmah, 70, didakwa meminta RM187.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, melalui bekas pembantunya Rizal Mansor, sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek solar untuk sekolah luar bandar di Sarawak.

Beliau juga didakwa menerima rasuah berjumlah RM5 juta daripada Saidi, melalui Rizal di Seri Perdana, Putrajaya pada 20 Disember 2016.

Rosmah dikatakan telah menerima RM1.5 juta lagi daripada Saidi di Jalan Langgak Duta, di sini, pada 7 Sept 2017.

Pendakwaan telah memanggil 23 saksi dan dua pihak pembelaan manakala esok ditetapkan hujahan lisan di hadapan Hakim Zaini Mazlan.

-Utusan Online

Tags: Hak PembelaanKes Rosmahnajibsaksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiba-Tiba Rindu 1Malaysia, Perpaduan Dan Keharmonian

Tiba-Tiba Rindu 1Malaysia, Perpaduan Dan Keharmonian

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub ISU binaan haram semakin panas. Bukan sekadar debat di media sosial, tetapi sudah sampai tahap dua individu diserang...

‘Mereka Tidak Mahu Najib Razak Disekat Dengan Had Tempoh PM 10 Tahun’

‘Mereka Tidak Mahu Najib Razak Disekat Dengan Had Tempoh PM 10 Tahun’

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang bekas pemimpin DAP mendakwa usul bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri di Parlimen semalam sengaja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd