• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Akan Umum Skim Baharu Bantu Rakyat

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri dijangka memperkenalkan program bantuan yang bukan sahaja menyasarkan kumpulan B40, malah kelompok M40 semasa peralihan fasa pandemik kepada endemik Covid-19.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) sebelum memanjangkan cadangan tersebut dengan agensi berkaitan tidak lama lagi.

Katanya, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, menjadi hasrat beliau dan barisan Exco untuk mengadakan satu Dasar Jaringan Keselamatan Sosial atau ‘Social Safety Net’ untuk Bangsa Johor.

“Mereka yang miskin dan daif perlu dibantu tidak kira agama mahupun bangsa. Selain daripada golongan B40, golongan M40 juga perlu dibantu dan diberi perhatian semasa tempoh peralihan daripada pandemik ke endemik.

“Insya-Allah, ada berita baik untuk Bangsa Johor dalam masa terdekat. Sama-sama kita doakan. Terima kasih saya ucapkan kepada MAINJ yang sudi berjumpa saya hari ini.

“Saya akan berjumpa dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini.

Perbincangan itu turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid, Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Ismail Abu; Ahli Majlis MAINJ, Datuk Tahrir Shamsudin dan Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Ustaz Anuar Salimin.

Tambah Onn Hafiz, agenda pemerkasaan syariat Islam akan terus dilaksanakan oleh kerajaan negeri itu.

UtusanOnline-

Tags: Covid-19JohorMAINJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Melangkah Ke Hadapan Sebagai Pusat Pertumbuhan Serantau Yang Mendapat Perhatian Dunia – Lee Ting Han

Johor Melangkah Ke Hadapan Sebagai Pusat Pertumbuhan Serantau Yang Mendapat Perhatian Dunia – Lee Ting Han

03/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Johor kini sedang melangkah ke hadapan sebagai pusat pertumbuhan serantau yang semakin mendapat perhatian dunia selepas hampir...

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 5,000 pelajar daripada keluarga B40 di Johor bakal menerima pek SIM prabayar YES 5G percuma hasil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd