• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Dakwa Belum Terima Bantuan Penuh

oleh Mohd Arshad
26/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG : Ada mangsa banjir di kawasan Meru, dekat sini mendakwa masih menunggu bantuan penuh yang dijanjikan akibat banjir yang melanda petempatan mereka walaupun sudah lebih tiga bulan bencana itu berlaku.

Mereka mendakwa hanya menerima RM1,000 setakat ini dan masih tertanya-tanya bila bantuan penuh akan diterima, apatah lagi Ramadan bakal menjelang dan amat mengharapkan bantuan dijanjikan bagi mengurangkan bebanan dihadapi.

Mangsa banjir di Jalan Salleh, Mohd Najib Othman, 39, yang bekerja sendiri, berkata dia sekeluarga terpaksa mencari rumah sewa untuk penginapan sementara kerana rumahnya rosak teruk akibat banjir.

“Keadaan kewangan saya tidak menentu, memang tidak mampu baik pulih rumah yang rosak akibat banjir tempoh hari. Rumah saya kali pertama kena banjir hingga melepasi paras pinggang, banyak kerosakan berlaku, simpanan juga sudah habis digunakan untuk pelbagai urusan.

“Jadi, saya amat berharap kerajaan dapat bantu kami penduduk di sini kerana bukan saya saja, tetapi ramai lagi mangsa banjir di sini memerlukan bantuan itu,” katanya ketika ditemui petang semalam.

Mohd Najib mendakwa, setakat ini, dia hanya menerima RM1,000 iaitu Bantuan Selangor Bangkit (BSB) pada 24 Februari dan masih menunggu Bantuan Wang Ihsan (BWI) bernilai RM1,000 serta Bantuan Pembelian Barangan Keperluan berjumlah RM2,500.

Penduduk Taman Meru 3, Mohd Zaharudin Md Salleh, 46, juga mendakwa hanya menerima RM1,000 melalui BSB pada 23 Februari di Kapar, namun dimaklumkan bahawa semua mangsa yang datang sehari sebelumnya menerima RM2,000.

“Petugas ada ambil nombor akaun saya untuk masukkan baki seterusnya, tetapi sehingga kini belum dapat, tiada makluman, mesej dan tiada pihak hubungi kami. Kami masih tertanya-tanya kenapa agihan tidak sama rata, sedangkan kami dijanjikan bantuan sama malah ramai dalam kesusahan memerlukan bantuan ini.

“Pelbagai pihak saya cuba hubungi, tetapi mereka minta saya berhubung sendiri dengan pihak ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), tetapi tiada apa-apa makluman sehingga kini,” katanya.

Sementara itu, S Hassan Kuthoos Syed Ahamed Kabeer, 45, yang tinggal di Jalan Kassim pula berkata, dia sudah menerima RM2,000 membabitkan BSB dan BWI, namun mendakwa masih ramai penduduk hanya menerima RM1,000.

“Mungkin jumlah bantuan itu kecil bagi pihak lain, tetapi amat bermakna bagi kami mangsa banjir yang dalam kesusahan ini dan diharap mereka menerima bantuan penuh sebelum Ramadan,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Banjirbantuandakwamangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd