• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Wajibkan Dos Penggalak Syarat Balik Beraya Di Kampung

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA : Kerajaan Indonesia mewajibkan penduduk supaya mengambil suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 sebagai syarat untuk pulang ke kampung halaman menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Presiden Joko Widodo (Jokowi) berkata, tidak seperti tahun lalu, masyarakat dibenarkan balik ke kampung untuk menyambut Aidilfitri pada tahun ini.

“Tahun lepas, kita tidak boleh pulang ke kampung untuk beraya susulan lonjakan kes Covid-19 yang sangat tinggi.

“Bagi tahun ini, kita boleh beraya di kampung kerana keadaan semakin terkawal,” katanya seperti yang dilapor CNN Indonesia.

Namun, untuk tujuan tersebut, masyarakat perlu melengkapkan dua vaksin Covid-19 berserta dos penggalak.

Selain itu, Jokowi turut mengingatkan masyarakat supaya vaksin sahaja tidak cukup untuk mencegah penularan Covid-19, maka mereka masih perlu menerapkan peraturan yang sewajarnya.

“Memang benar vaksin boleh memberi perlindungan, namun tidak cukup jika kita tidak mematuhi peraturan Covid-19 yang lain.

“Maka, adalah penting untuk kita terus patuhi peraturan dan sentiasa ingat bahawa Covid-19 belum reda,” ujarnya.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin memaklumkan kerajaan akan melakukan pemeriksaan status vaksinasi Covid-19 secara rawak terhadap penduduk yang ingin pulang beraya di kampung.

Katanya, bagi mereka yang menaiki pengangkutan awam, pemeriksaan status vaksinasi akan dilakukan sebelum kenderaan berlepas.

Selain itu, Budi memberitahu, penduduk yang sudah menerima suntikan dos penggalak tidak perlu melakukan ujian Covid-19, manakala mereka yang baru menerima dua dos vaksin dikehendaki membuat ujian PCR.

“Kita tidak mahu berlaku lonjakan kes ketika Aidilfitri dan oleh hal yang demikian, kerajaan mewajibkan penduduk yang ingin beraya di kampung perlu mengambil dos penggalak,” jelasnya.

Terdahulu, Timbalan Presiden Indonesia, Ma’ruf Amin memaklumkan kerajaan mungkin mencadangkan penduduk supaya mengambil dos penggalak sebagai syarat untuk pulang ke kampung pada Aidilfitri ini.

-Utusan Online

Tags: dos penggalakIndonesiasyarat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd