• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terlalu Bergantung Kepada Hutang Halangan Serius Capai Kemampanan

oleh Ahmad Albab
15/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Terlalu bergantung kepada hutang merupakan satu daripada antara banyak cabaran yang dihadapi amalan sekarang yang menjadi halangan serius untuk mencapai kemapanan, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah perlu untuk mengenal pasti terlebih dahulu dan memahami cabaran seumpama itu dalam merangka strategi untuk mentransformasikan modal sistem kewangan sekarang kepada yang memudahkan pertumbuhan ekonomi di samping memastikan kemapanan.

Sultan Nazrin Shah bertitah demikian dalam ucapan baginda yang bertajuk ‘Mencari Kemapanan: Peranan Kewangan Islam dalam Perubahan Transformasi” pada Persidangan Meja Bulat SC-OCIS Ke-6 mengenai Kewangan Islam di Ditchley Park, Oxfordshire, pada Sabtu.

Teks ucapan baginda dikeluarkan kepada Bernama.

Memetik Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD), Sultan Nazrin Shah bertitah “Paras hutang tinggi boleh mewujudkan kelemahan, yang meluaskan dan menyebarkan kejutan harga aset dan makroekonomi.”

Ia juga “menghalang keupayaan isi rumah dan perusahaan kepada penggunaan dan pelaburan yang lancar dan kepada kerajaan untuk mengurangkan kejutan yang teruk,” titah baginda.

Baginda bertitah kesan hutang memburukkan lagi impak negatif ke atas pasaran kewangan dan ekonomi semasa tempoh kegawatan.

“Terlalu bergantung kepada hutang mungkin akan menyebabkan gangguan teruk kepada pasaran serta kepada kestabilan sosio-ekonomi dan justeru itu perlu ditangani sekiranya kita mahu mencapai kemapanan yang lebih baik dalam sistem kewangan.

“Kebimbangan berkenaan dengan hutang menyokong pandangan Islam bahawa hutang amat tidak digalakkan dan model atau kontrak berasaskan ekuiti adalah pilihan kerana ia selaras dengan Maqasid al Syariah atau objektif Syariah,” titah baginda.

Sultan Nazrin Shah, yang juga Penaung Diraja bagi Insiatif Kewangan Islam Malaysia bertitah, kebencian Islam terhadap hutang adalah berasaskan, antara lainnya, kepada kemungkinan akses kepada hutang mendorong seseorang itu berbelanja melebihi kemampuannya.

“Dan apabila seseorang berbelanja mengikut tahap kekayaan atau pendapatannya, kemungkinan beliau berdepan masalah kewangan adalah tipis dan justeru itu beliau mampu mengekalkan gaya hidupnya.

“Sebagai tambahan, hujahan ini boleh diguna pakai kepada sistem kewangan yang lebih besar. Tambahan pula, elemen perkongsian risiko sesuatu kontrak berasaskan ekuiti menggalakkan hubungan lebih saksama antara pihak-pihak yang berkontrak yang secara kolektifnya menjadi perkiraan yang lebih mapan,” titah baginda. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd