• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Jho Low Seleweng Duit 1MDB Sebelum Najib Buka Akaun Peribadi’

oleh AK-47
21/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, sudah lama menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), malah ia berlaku sebelum Datuk Seri Najib Razak membuka akaun peribadi Ambanknya yang didakwa menerima wang daripada syarikat pelaburan strategik itu.

Peguam bekas Perdana Menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata ia terbukti apabila Jho Low menerima keuntungan RM74 juta daripada penjualan semula penerbitan bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) oleh Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang dipindahkan masuk ke dalam syarikat berkaitan dirinya iaitu Country Group Securities Pcl dan Aktis Capital Singapore Pte Ltd pada 2009.

TIA adalah syarikat pelaburan strategik yang kemudian ditukar nama kepada 1MDB pada 25 September 2009.

Muhammad Shafee berkata, dalam beberapa hari saja, kedua-dua syarikat itu membuat keuntungan atas angin apabila ia melanggan bon 1MDB dengan harga diskaun sebelum menjualnya semula dengan nilai muka (atau nilai di atas kertas).

“Akaun peribadi Ambank Najib yang didakwa menerima dana 1MDB berbilion ringgit pula hanya dibuka pada 13 Januari 2011, jadi ia tidak ada kemungkinan ada kaitan dengan IMTN.

“Wang ini sepatutnya berada dalam 1MDB dan bukannya dalam akaun Jho Low,” katanya.

Muhammad Shafee berkata demikian ketika menyoal balas bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB, Tan Sri Ismee Ismail, dengan merujuk saksi kepada petikan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui artikel daripada blog Malaysia Today.

Dalam perbicaraan sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa Aktis Capital dan Country Group membuat perjanjian dengan Ambank untuk membeli bon IMTN 1MDB berjumlah RM700 juta dengan harga diskaun 12 peratus iaitu kira-kira RM617 juta pada 2009.

Firma itu kemudiannya menjual semula bon berkenaan pada nilai tara kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) serta firma insurans utama, dengan mengumpul hampir RM83 juta dalam masa hanya beberapa minggu daripada urus niaga berkenaan.

Keuntungan akhir diperoleh selepas berbagai potongan adalah sebanyak RM74 juta.

Menjawab soalan Muhammad Shafee, Ismee bersetuju dengan cadangan bahawa pihak pengurusan 1MDB tidak pernah dimaklumkan berhubung transaksi pindahan wang ke dalam dua syarikat itu dan hasil keuntungan bon berkenaan tidak pernah dipindahkan ke dalam akaun Najib.

Saksi juga bersetuju Najib tidak pernah menerima wang berkenaan.

Muhammad Shafee berkata, dana dipindah masuk ke dalam akaun Najib di antara Februari 2011 dan Ogos 2013 seperti dinyatakan dalam pertuduhan, adalah hasil proses pengurusan derma Arab.

Katanya, Najib tidak mengetahui mengenai salah laku dalam 1MDB dan beranggapan ia adalah derma daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi.

Sementara itu, Muhammad Shafee turut menyentuh dakwaan keluarga bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menerima wang daripada Jho Low.

Katanya, keluarga Zeti bagaimanapun bersetuju memindahkan wang itu kembali kepada 1MDB.

Najib, 68, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

BHonline-

Tags: 1MDBDatuk Seri Najib RazakJho Low
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pesawat Bawa 133 Penumpang Terhempas Di China

Next Post

Nahas Pesawat Di China: Peluang Temukan Mangsa Terselamat Tipis

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Nahas Pesawat Di China: Peluang Temukan Mangsa Terselamat Tipis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd