• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Cuti Panjang Sempena Rai 50 Tahun Hari Merdeka

oleh
15/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Sempena menyambut perayaan Jubli Emas pada tahun ini, Presiden Singapura, Tony Tan pada Sabtu semalam mengisytiharkan 7 Ogos depan iaitu hari Jumaat sebagai cuti umum sempena hari kemerdekaan republik itu.

“Saya dengan sukacita mengisytiharkan 7 Ogos 2015 sebagai hari cuti umum. Ini akan menjadikan 7 hingga 10 Ogos hujung minggu yang panjang untuk kita rai ulang tahun Singapura yang ke-50,” tambah Tan menerusi laman Facebooknya.

“Saya berharap rakyat Singapura akan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dirancang sepanjang Hujung Minggu Jubli Emas dan datang bersama-sama memperingati detik penting dalam sejarah negara kita tahun ini,” ujar beliau.

Ini bermakna, “Hujung Minggu Jubli” akan diadakan dari 7 hingga 10 Ogos untuk “semua rakyat Singapura mengambil bahagian dan meraikan detik penting dalam sejarah negara”, menurut kenyataan tersebut.

“Saya gembira cuti umum kita yang panjang bagi SG50 dan Hujung Minggu Jubli penuh dengan pelbagai aktiviti berfaedah dapat beri inspirasi kepada rakyat meraikannya bersama-sama,” kata Pengerusi Jawatankuasa SG50, Heng Swee Keat.

“Saya harap rakyat Singapura akan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti dan acara yang dianjurkan di merata negara, dan meluangkan masa khas ini dengan orang-orang tersayang,” tambah Encik Heng.

Pelbagai program khas disediakan merata Singapura untuk Hujung Minggu Jubli termasuk di sekitar kawasan Marina Bay, Kebun Bunga Singapura, Taman West Coast, Taman Pasir Ris, Taman Sembawang dan Hab Sukan Singapura.

Semua muzium dan galeri warisan juga akan dibuka sepanjang tempoh 4 hari itu. Tarikh kemerdekaan Singapura pada 9 Ogos kebetulan tahun ini jatuh pada hari Ahad, sekali gus membawa cuti pada keesokan Isnin, 10 Ogos.

Sempena Hujung Minggu Jubli Emas, beberapa kawasan tarikan pelancong juga tidak akan mengenakan bayaran masuk seperti Taman Orkid Negara, Pusat Sains Singapura, kolam renang ActiveSG serta gimnasium di seluruh Singapura.

Beberapa tempat popular juga akan menawarkan potongan harga tiket masuk sehingga 50 peratus, seperti Taman Burung Jurong dan Flower Dome dan Cloud Forest di Taman di Persisiran. – Agensi

Tags: CutikemerdekaanpresidenSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

21/05/2026
0

MELAKA - Seorang pemimpin cabang Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri menegaskan beliau akan kekal menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri...

Universiti Swasta Jadi Rakan Strategik Negara –  PPUSM

Universiti Swasta Jadi Rakan Strategik Negara – PPUSM

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Universiti swasta kini menjadi rakan strategik negara dalam menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi, melahirkan graduan masa hadapan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd