• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat Terbang Rendah, TUDM Laksana Latihan Bermula Hari Ini Hingga 7 Mac

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan latihan operasi dan kesiagaan bagi aset-aset udara bermula hari ini hingga 7 Mac membabitkan kawasan sekitar Selangor, Pahang, Terengganu dan Pulau Pinang.

TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang latihan berlangsung, pesawat TUDM akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan tertentu khususnya di sekitar Selangor serta Pangkalan Udara Gong Kedak, Terengganu; Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang dan Pangkalan Udara Kuantan, Pahang.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah di sepanjang tempoh latihan operasi dan kesiagaan dilaksanakan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan tersebut turut memaklumkan latihan yang diadakan itu bagi menilai kecekapan anggota dan Pasukan Khas Udara (PASKAU) serta pasukan sokongan logistik dalam melaksanakan tanggungjawab melindungi kedaulatan negara.

“Latihan ini bertujuan untuk menguji keupayaan peralatan persenjataan serta kesiagaan aset-aset TUDM bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan tugas operasi bersama yang melibatkan pesawat-pesawat dari pelbagai kategori seperti pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter,” menurut kenyataan itu.

-Awani

Tags: latihanPesawat Terbang RendahTUDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrol Shiro Dilantik Pengajar Kursus Citra UKM, Fokus Latihan Stand-Up Comedy

Shahrol Shiro Dilantik Pengajar Kursus Citra UKM, Fokus Latihan Stand-Up Comedy

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memaklumkan pelantikan pelawak dan penggiat seni, Shahrol Azizie Azmi atau lebih dikenali sebagai...

Anggota Tentera Darat Cedera Terkena Tembakan Ketika Latihan

Anggota Tentera Darat Cedera Terkena Tembakan Ketika Latihan

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), Truper (Tpr) Muhammad Akhmal Shahrudin cedera akibat terkena tembakan ketika menjalani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd