• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kutipan Hasil LHDN Dijangka Lebih RM140 Bilion -PM

oleh AK-47
01/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA : Kerajaan menjangkakan kutipan hasil daripada pelbagai cukai langsung pada tahun ini mampu mencapai situasi seperti sebelum kemunculan isu Covid-19 awal 2020 lalu.

Perkembangan positif itu, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sekali gus dapat digunakan bagi pembangunan negara menerusi pelbagai program bermanfaat.

Langkah itu juga ujarnya, susulan pelbagai strategi jangka pendek dan sederhana dirancang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi meningkatkan kutipan cukai di seluruh negara.

“Saya percaya dan yakin bahawa Keluarga LHDN akan berjaya mengulangi pencapaian 2021 lalu, malah, mungkin melebihi sasaran berjumlah RM139 bilion bagi tahun ini pula,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Hari Hasil 2022 sempena ulang tahun ke-26 pengkorporatan agensi itu pada 1996 lalu di ibu pejabat LHDN, Menara Hasil di sini hari ini.

Teks ucapan beliau telah disampaikan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Mohd. Nizom Sairi.

Pada majlis tersebut, beliau juga menyampaikan Anugerah Pembayar Cukai Terbaik 2021 melibatkan 10 buah syarikat dan Anugerah Petugas Terbaik LHDN 2021 kepada lima individu.

Tidak ketinggalan, beliau turut melancarkan empat produk atas talian baharu LHDN serta imej pakaian korporat rasmi kakitangan agensi tersebut yang meliputi baju batik dan sut moden.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri merakamkan penghargaan atas kejayaan LHDN apabila tahun lalu hasil kutipan bertambah 17 peratus berbanding pada 2020 kepada lebih RM140 bilion.

“Prestasi cemerlang ini merupakan kejayaan amat membanggakan kerana ia menyumbang hampir separuh daripada jumlah keseluruhan pendapatan negara tahun lepas,” jelas beliau.

Pencapaian itu katanya, hasil usaha transformasi LHDN menerusi 28 pautan perkhidmatan percukaian atas talian dan enam aplikasi di bawah pendekatan Go Digital for Future Services.

Beliau turut gembira ketangkasan LHDN dalam mengadaptasi keperluan pendigitalan telah mempermudahkan urusan percukaian dan menunjukkan trend pematuhan yang meningkat.

Justeru, beliau optimis, sinar pemulihan yang lebih baik tahun ini memungkinkan kerajaan mendapat kutipan kembali kepada paras sebelum pandemik Covid-19 lebih dua tahun lalu.

“Ini termasuk usaha mengenal pasti sektor ekonomi baharu dan pelaksanaan undang-undang percukaian lebih telus, berkesan dan cekap bagi meningkatkan kepercayaan rakyat,” katanya.

Ismail Sabri menambah, pengenalan Cukai Makmur secara sekali terus atas laba luar biasa syarikat sepanjang wabak, boleh dimanfaatkan untuk sistem kesihatan awam berdaya tahan.

Begitu juga pelaksanaan Nombor Identifikasi Cukai dan Sijil Pematuhan Cukai dijangka melonjakkan kecekapan dan akauntabiliti pengumpulan hasil negara daripada para peniaga.

Akta Tanggungjawab Fiskal yang akan dibentangkan kerajaan juga antara strategi hasil jangka sederhana LHDN sejajar amalan global terbaik berlandaskan penggunaan data raya.

Pendekatan sesuai, mesra pelanggan dan dilengkapi elemen didikan tegasnya, harus menjadi panduan semua warga kerja LHDN untuk mengekalkan momentum prestasi lebih positif.

-Utusan Online

Tags: Kutipan HasilLHDNpm
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Perlukan PMX Anwar Terus Tadbir Negara – Mohamad Sabu

Rakyat Perlukan PMX Anwar Terus Tadbir Negara – Mohamad Sabu

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan kepimpinan yang tenang, stabil dan jelas hala tuju dalam menghadapi dunia yang semakin penuh dengan...

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat sekurang-kurangnya 10 panggilan telefon kepada pemimpin negara asing sejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd