• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Krisis Rusia-Ukraine: Akses Internet Starlink Kini Diaktifkan Di Ukraine – Elon Musk

oleh Mohd Arshad
27/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LEBIH banyak terminal perkhidmatan jalur lebar menggunakan satelit Starlink akan dihantar ke Ukraine oleh syarikat gergasi angkasa SpaceX.

Perkara itu disahkan oleh pemilik syarikat tersebut Elon Musk pada Sabtu, menerusi satu kenyataan yang dmuat naik melalui akaun Twitter miliknya.

Malah menurut Musk, perkhidmatan yang menggunakan satelit tersebut kini telahpun tersedia digunakan di Ukraine.

Tindakan itu katanya, sebagai menjawab ciapan Twitter Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Mykhailo Fedorov, yang merungut disebabkan perkhidmatan internet yang terganggu selepas Rusia bertindak menceroboh dan menyerang negara jiranya itu.

Ciapan yang berbunyi “@elonmusk, semasa anda cuba menjajah Marikh – Rusia cuba menduduki Ukraine! Walaupun roket anda berjaya mendarat dari angkasa – roket Rusia menyerang orang awam Ukraine!” nyata telah menarik perhatian Musk.

Ciapan tersebut segera dibalas olehnya dengan satu kenyataan ringkas namun cukup memberikan penyelesaian segera.

“Perkhidmatan Starlink kini aktif di Ukraine. Lebih banyak terminal dalam perjalanan,” catat Musk.

Sambungan rangkaian internet di Ukraine telah terjejas oleh pencerobohan Rusia, terutamanya di bahagian selatan dan timur negara itu, di mana pertempuran paling hebat yang berlaku sejak serangan bertali arus dilancarkan,Musk sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa SpaceX kini mempunyai 1,469 satelit Starlink aktif dan 272 lagi bergerak ke orbit untuk beroperasi tidak lama lagi.

-Awani

Tags: Elon MuskInternet StarlinkKrisis Rusia-Ukraine
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ini Pilihan Yang Ada Jika Grok Digunakan Untuk Buang Tudung, Pakaian Anda

Ini Pilihan Yang Ada Jika Grok Digunakan Untuk Buang Tudung, Pakaian Anda

03/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang peguam menggariskan langkah yang boleh diambil oleh wanita Malaysia sekiranya pengguna X menggunakan chatbot AI Elon Musk...

Trump Namakan Elon Musk, Vivek Ramaswamy Teraju Jabatan Kecekapan Kerajaan AS

Trump Namakan Elon Musk, Vivek Ramaswamy Teraju Jabatan Kecekapan Kerajaan AS

13/11/2024
0

WASHINGTON: Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump, menamakan Elon Musk dan bekas calon presiden Parti Republikan, Vivek Ramaswamy, untuk mengetuai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd