• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Namakan Elon Musk, Vivek Ramaswamy Teraju Jabatan Kecekapan Kerajaan AS

oleh Mohd Arshad
13/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Trump Namakan Elon Musk, Vivek Ramaswamy Teraju Jabatan Kecekapan Kerajaan AS
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON: Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump, menamakan Elon Musk dan bekas calon presiden Parti Republikan, Vivek Ramaswamy, untuk mengetuai Jabatan Kecekapan Kerajaan yang baru ditubuhkan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Langkah ini memberi penghargaan kepada dua penyokong terkenal Trump dari sektor swasta.

Musk dan Ramaswamy “akan membuka jalan bagi pentadbiran saya untuk menghapuskan birokrasi kerajaan, mengurangkan peraturan yang berlebihan, menghapuskan perbelanjaan yang membazir, dan menyusun semula agensi persekutuan,” kata Trump dalam satu kenyataan.

Trump menegaskan jabatan baharu ini “akan menyediakan nasihat dan panduan dari luar kerajaan,” menunjukkan bahawa entiti itu akan beroperasi di luar batasan tradisional kerajaan.

Namun, entiti itu akan bekerjasama dengan Rumah Putih dan Pejabat Pengurusan dan Bajet untuk “melaksanakan reformasi struktur berskala besar dan mencipta pendekatan keusahawanan” yang belum pernah dilihat dalam pentadbiran kerajaan.

Trump juga menyatakan bahawa usaha ini akan selesai menjelang 4 Julai 2026 sebagai “hadiah” kepada negara sempena ulang tahun ke-250 penandatanganan Deklarasi Kemerdekaan.

Musk, yang disenaraikan Forbes sebagai orang terkaya di dunia, dijangka meraih faedah daripada kemenangan Trump dengan pengaruh yang luar biasa untuk membantu syarikatnya dan mendapatkan layanan kerajaan yang lebih baik.

Musk menyumbang jutaan dolar untuk menyokong kempen presiden Trump dan muncul bersama Trump dalam pelbagai acara.

Trump pernah menyebut bahawa beliau akan menawarkan Musk peranan dalam pentadbiran untuk mempromosikan kecekapan kerajaan.

Musk mengendalikan beberapa syarikat yang mempunyai kaitan dengan Washington, termasuk syarikat kereta elektrik Tesla, platform media sosial X, dan syarikat roket SpaceX.

“Ini akan menggemparkan sistem dan sesiapa yang terbabit dalam pembaziran kerajaan, yang membabitkan ramai orang!” kata Musk.

Ramaswamy, pengasas sebuah syarikat farmaseutikal yang bertanding merebut pencalonan presiden dari Parti Republikan sebelum ini, kemudiannya menyokong Trump selepas menarik diri daripada pertandingan.

“Kami tidak akan menyerah dengan mudah, @elonmusk,” kata Ramaswamy di X.

Musk mengulang siaran pengumuman Trump di akaun X miliknya dengan komen seperti “Barang dagangan akan menjadi (terbaik)” menggunakan tiga emoji api, dan, “Orang ramai tidak tahu betapa besar impaknya ini akan mengubah keadaan.” Musk turut menambah: “Ancaman kepada demokrasi? Tidak, ancaman kepada BIROKRASI!!!”

Jabatan baharu itu nanti akan menggunakan akronim – DOGE – kebetulan sama dengan nama mata wang kripto dogecoin yang sering dipromosikan oleh Musk.

BHonline-

Tags: Amerika SyarikatElon Musk
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Empat Penjenayah Warga Vietnam Ditembak Mati Di Jalan Imbi

Next Post

MRSM Elit Belum Wujud – Rubiah

Related Posts

Isu Tarif Naik: China Mulakan Tindakan Undang-undang Terhadap AS

Isu Tarif Naik: China Mulakan Tindakan Undang-undang Terhadap AS

04/03/2025
3

BEIJING - China telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Amerika Syarikat (AS) di bawah mekanisme penyelesaian pertikaian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)...

Trump Isytihar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Rasmi AS

Trump Isytihar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Rasmi AS

02/03/2025
0

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semalam mengisytiharkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi Amerika Syarikat (AS), sebagai langkah untuk membawa...

Next Post
MRSM Elit Belum Wujud – Rubiah

MRSM Elit Belum Wujud - Rubiah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd