• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permintaan Kit Ujian Kendiri Tinggi Punca Bekalan Terganggu

oleh Mohd Arshad
23/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Permintaan kit ujian kendiri Covid-19 yang tinggi terutamanya ketika peningkatan kes wabak tersebut meningkat menjadi faktor kekurangan produk tersebut dalam pasaran.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, stok bekalan kit ujian kendiri dalam negara sebanyak 18 juta unit dan jumlah tersebut mencukupi dalam keadaan biasa.

Namun berdasarkan maklum balas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, walaupun tiada aduan diterima pihak terbabit berkaitan kekurangan kit ujian tersebut setakat Isnin, namun permintaannya meningkatkan atas beberapa faktor.

“Bila kes meningkat, permintaannya juga melonjak terutamanya apabila banyak ujian calitan dilakukan seperti di sekolah atau majlis-majlis keraian.

“Situasi itu menyebabkan berlakunya permintaan mendadak terhadap produk berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Dalam pada itu, Mohd Zawawi berkata, pengeluaran kit ujian kendiri Covid-19 oleh kilang tempatan akan dipertingkatkan untuk mengatasi kekurangan bekalan produk berkenaan dalam pasaran.

Ujarnya, pihak KPDNHEP Putrajaya telah menghubungi pihak pengilang tempatan dan mereka akan mempertingkatkan pengeluaran ujian kit Covid-19.

Selain itu, pengimport juga dijangka menerima bekalan dari China dalam masa seminggu ke tiga minggu lagi kerana terdapat kelewatan kemasukan stok akibat cuti perayaan di negara berkenaan.

“Berdasarkan pemantauan yang dilaksanakan terhadap sejumlah 1,220 premis yang diperiksa sejak September 2021 sehingga 21 Februari 2022 oleh KPDNHEP Selangor, terdapat sejumlah 244,254 unit alat ujian kendiri dipasarkan untuk kegunaan pengguna di sekitar Selangor.

“Jumlah bekalan sedia ada di pasaran Selangor pula pula adalah sejumlah 37,765 unit.

“Tentu sekali penambahan bekalan alat ujian kendiri ini akan dilaksanakan dari masa ke semasa oleh peruncit bagi tujuan membekalkan dan memenuhi permintaan pengguna dalam situasi semasa,” katanya.

Pada Ahad, Sinar Harian meninjau beberapa buah farmasi di Kota Kemuning, Seksyen 32, di sini pada Ahad mendapati bekalan kit ujian tersebut semakin berkurang sejak beberapa minggu lalu.

Hasil tinjauan terhadap orang ramai turut mendapati mereka sukar untuk mendapatkan bekalan produk berkenaan di pasaran sejak peningkatan kes Covid-19 selepas Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

-Sinar Harian

Tags: Bekalan TergangguCovid-19kit ujian kendiri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd