• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Bakal Lancar Vaksin COVID-19 Sendiri Ogos Ini

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA: Indonesia berhasrat melancarkan vaksin COVID-19 buatan sendiri pada Ogos ini, dengan fasa pertama ujian klinikal untuk vaksin Merah Putih itu kini sedang dijalankan.

Penganalisis berkata, ia adalah perkembangan penting bagi Indonesia, di mana lebih 65 peratus daripada penduduknya yang layak sudah divaksin sepenuhnya, jika vaksin berkenaan boleh dihasilkan dalam negara daripada sumber yang dipercayai.

Penyelidikan mengenai vaksin yang dinamakan sempena warna merah dan putih bendera Indonesia itu dijalankan Universiti Airlangga yang berpangkalan di Surabaya dan syarikat farmaseutikal tempatan, Biotis Pharmaceuticals Indonesia.

Fasa pertama ujian keselamatan vaksin membabitkan 90 sukarelawan dewasa dimulakan pada 9 Februari lalu, diikuti fasa kedua pada Mac ini dengan 405 sukarelawan dan fasa ketiga pada April dengan sehingga 5,000 sukarelawan.

Fasa kajian seterusnya akan menguji sama ada vaksin menggunakan virus yang tidak aktif itu boleh merangsang tindak balas imun dalam tubuh manusia terhadap virus COVID-19.

Prof Fedik Abdul Rantam, yang mengetuai pasukan penyelidikan vaksin Universiti Airlangga, memaklumkan vaksin itu akan melindungi manusia daripada varian coronavirus sedia ada.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik jenis varian berkenaan.

Dalam ujian pra klinikal yang membabitkan haiwan, vaksin itu menunjukkan keberkesanan 85 peratus terhadap varian Delta.

Fedik berkata, pihaknya berharap mendapat kebenaran penggunaan kecemasan Agensi Pemantauan Makanan dan Ubat (BPOM) Indonesia pada Julai ini jika percubaan itu berjaya dan vaksin berkenaan akan sedia untuk dilancarkan pada Ogos.

Katanya, vaksin itu dihasilkan untuk pelbagai kumpulan, termasuk kanak-kanak dan wanita hamil, namun kumpulan yang sebenar akan ditentukan selepas fasa ketiga ujian.

Indonesia, negara keempat paling ramai penduduk di dunia dengan 270 juta orang, setakat ini bergantung kepada vaksin dari negara luar terutama Sinovac buatan China, yang dibeli negara itu atau disumbangkan bagi kempen vaksinasinya.

BHonline-

Tags: Covid-19Indonesiavaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd