• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Lepas Tanggungjawab Jaga Ibu Bapa Berusia

oleh Ahmad Albab
14/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Masyarakat digesa tidak melepaskan sepenuhnya tanggungjawab menjaga ibu bapa mereka yang telah berusia kepada institusi kebajikan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun.

Beliau berkata sebaliknya anak-anak perlu bersama-sama memainkan peranan memberi sokongan secara berterusan bagi membantu golongan warga emas berkenaan meneruskan sisa kehidupan mereka dengan gembira dan bersemangat.

“Kita tidak menyalahkan anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah penjagaan orang tua kerana kita faham ada segilintir mereka terpaksa manghadapi masalah kewangan atau kesusahan untuk mengurus warga emas.

“Tetapi sekurang-kurangnya anak-anak harus melawat ibu atau bapa mereka agar tidak rasa dipinggirkan, sedih dan putus asa untuk meneruskan kehidupan,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja ke Rumah Seri Kenangan Cheng di sini yang turut dihadiri Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Melaka Datuk Latipah Omar dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Melaka Zulyadain Limat.

Rekod daripada Rumah Seri Kenangan Cheng menunjukan daripada 176 penghuni warga emas rumah berkenaan, sebanyak 103 orang tidak menerima kunjungan anak-anak atau anggota keluarga walaupun mereka masih mempunyai keluarga.

Chew berkata kesedaran masyarakat terhadap isu tersebut perlu dipertingkat namun ia terletak pada sikap dan rasa tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa mereka.

Beliau berkata ini kerana pihaknya bimbang sekiranya tiada rasa tanggungjawab terhadap ibu bapa, ia akan menjadi trend atau penyakit dalam jiwa anak-anak sekali gus mengabaikan tanggungjawab menjaga ibu bapa mereka.

Menurutnya menjadi keutamaan kerajaan memastikan warga emas yang tidak mempunyai anggota keluarga dijaga dengan baik di pusat penjagaan orang tua di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Justeru, katanya ibu bapa tua yang tidak mampu dijaga dan diurus dengan baik oleh anak-anak mereka akan diterima masuk ke pusat berkenaan, namun siasatan akan dilakukan agar tidak berlakunya penderaan atau pengabaian. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=RCDp3UPWsLo

Tags: anakwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Puad Dakwa Anak Beliau Bekas Pemimpin Pelajar, Terlatih Dan Terbimbing

Puad Dakwa Anak Beliau Bekas Pemimpin Pelajar, Terlatih Dan Terbimbing

28/06/2026
0

BATU PAHAT - Bekas pemimpin UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan anaknya merupakan seorang bekas pemimpin pelajar. Beliau turut...

Puad Dakwa Anak Beliau Terlatih – “Salahkah Saya Mencadangkannya?”

Puad Dakwa Anak Beliau Terlatih – “Salahkah Saya Mencadangkannya?”

25/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempersoalkan adakah menjadi satu kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd