• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agensi Nuklear Bantu Lebih 2,000 Pengusaha

oleh Ahmad Albab
14/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Agensi Nuklear Malaysia telah membantu lebih 2,000 pengusaha dalam pelbagai industri di bawah program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) terutama melibatkan produk makanan.

Pengarah Kanan Program Pengkomersilan dan Perancangan Teknologi Agensi Nuklear Malaysia Mohd Sidek Othman berkata agensi berkenaan memberikan perkhidmatan secara percuma kepada pengusaha kecil dan sederhana (PKS) dalam usaha meningkatkan pendapatan pengusaha terbabit.

“Ada satu bahagian dalam proses pengeluaran di mana mikroorganisme di dalam produk yang dihasilkan perlu dibunuh menggunakan sinaran gamma dan kita beri perkhidmatan tersebut secara percuma kepada mereka.

“Selain itu kita juga melaksanakan pelbagai kempen kesedaran kepada orang awam mengenai keselamatan teknologi nuklear kepada kesihatan manusia dan alam persekitaran,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Saintifik Pengimejan Perubatan ke-40 di sini, Jumaat.

Hadir sama Penolong Pengarah Kanan Cawangan Keselamatan Radiasi dan Kesihatan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Dr Bidi Abdul Hamid dan Pakar Radiologi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Dr Che Mazura Hussain.

Sebanyak enam kertas kerja akan dibentangkan dalam persidangan satu hari itu.

Sementara itu, Bidi berkata menurut laporan yang dikeluarkan Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA), penggunaan sinar X (X-Ray) di negara ini masih lagi terkawal dan hampir setaraf dengan negara maju.

“Kita buat pemeriksaan terhadap mesin sinar X sekurang-kurang sekali dalam tempoh satu atau dua tahun bagi kawalan mutu dan agar ia mencapai tahap yang telah ditetapkan,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nada Puad Berubah, Ucap Tahniah Kepada BN,  ‘Business As Usual’

Nada Puad Berubah, Ucap Tahniah Kepada BN, ‘Business As Usual’

11/07/2026
0

RENGIT – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) susulan kemenangan...

[TIDAK RASMI] BN Menang Besar PRN Johor, Kuasai 49 Kerusi DUN

[TIDAK RASMI] BN Menang Besar PRN Johor, Kuasai 49 Kerusi DUN

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini berdasarkan keputusan tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd