• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jakim, JAIN Pantau Ajaran Sesat

oleh Mohd Arshad
15/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Seremban : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa bertindak proaktif menyekat sebarang kegiatan ajaran sesat dan bertentangan dengan syariat Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, pihaknya mengalu-alukan masyarakat Islam melaporkan kepada Jakim dan JAIN mengenai sebarang kegiatan berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya akui terdapat banyak ajaran sesat cuba dibuat dan dibawa pihak tertentu termasuk dari luar negara melalui laman sosial.

“Jakim akan bertindak dan akan memaklumkan mengenai perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Jika dibawa secara fizikal oleh individu seperti berlaku di Perak sebelum ini, Jakim akan memberitahu kepada JAIN. Jakim tiada kuasa, kami hanya salurkan maklumat kepada JAIN untuk diambil tindakan.

“Bagaimanapun, setakat ini isu ajaran sesat terkawal kerana Jakim dan JAIN sentiasa memantau dan bertindak tegas menyekat sebarang kegiatan yang bertentangan dengan syariat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Sembilan 2022 di Masjid Sri Sendayan, di sini, hari ini.

-Harian Metro

Tags: Ajaran SesatJAINJakimpantau
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Sirajuddin Suhaimee mengingatkan golongan mahasiswa agar merujuk Garis Panduan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd