• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sempadan Thai-Malaysia Akan Dibuka Bulan Depan

oleh AK-47
14/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK : Kerajaan Thailand merancang membuka semula sempadan Thai-Malaysia bulan depan bagi merangsang sektor pelancongan dan ekonomi di wilayah selatan.

Timbalan jurucakap kerajaan, Rachada Dhnadirek, berkata Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha telah mengarahkan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) serta pusat operasi kecemasan pelancongan dan sukan untuk menggariskan langkah mitigasi pandemik bagi pembukaan semula pusat pemeriksaan sempadan di Songkhla, Yala , Narathiwat dan Satun.

Memetik laporan Bangkok Post, berikutan dasar kerajaan untuk membuka gelembung perjalanan dengan Malaysia, pelancong dari negara jiran akan dibenarkan masuk di bawah skim ‘Test and Go’ tanpa kuarantin ketika ketibaan.

Bagaimanapun, pelawat masih perlu lulus dua ujian RT-PCR selepas tiba di Thailand.

“Perdana menteri yakin Thailand akan kekal sebagai antara destinasi pelancongan utama dunia walaupun berdepan pandemik.

“Kerajaan akan menyokong usaha untuk menggiatkan semula pelancongan dengan penekanan pada kesihatan dan keselamatan awam,” kata Rachada.

Inspektor Jeneral yang bertugas di zon kesihatan awam 12, Dr Suthep Phetmak, berkata situasi COVID-19 di Malaysia dan Thailand adalah sama.

Pada 12 Februari lalu, terdapat kira-kira 20,000 kes baharu. Agensi kesihatan awam menjangkakan risiko pembukaan semula sempadan adalah rendah.

Sebelum pembukaan semula, agensi kerajaan akan menyediakan proses imigresen, ujian, hotel dengan standard SHA+ dan perniagaan dengan Tetapan Bebas COVID, termasuk pengangkutan awam, lokasi pelancongan, restoran dan pusat beli belah, katanya.

-Berita Harian

Tags: DibukaSempadan Thai-Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mid Valley City Dibuka, Beroperasi Seperti Biasa

Mid Valley City Dibuka, Beroperasi Seperti Biasa

18/05/2023
0

KUALA LUMPUR: Pusat beli-belah Mid Valley City di sini, dibuka untuk operasi seperti sedia kala hari ini, selepas ditutup akibat...

Pintu Sempadan Padang Besar Dibuka Pagi Tadi

05/05/2022
0

Satu lagi pintu sempadan Malaysia-Thailand iaitu Padang Besar dibuka hari ini bermula 6 pagi hingga 10 malam setiap hari. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd