Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kena ‘Serang’ Netizen, Qi...

PELAKON dan pengacara, Qi Razali memilih untuk tidak melatah biarpun dilempar dengan pelbagai...

Peguam Negara Fail Rayuan...

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan notis rayuan untuk mengetepikan keputusan...

Permulaan Baik Jurugan Malaysia...

ISKANDAR PUTERI - Jurugan Malaysia Hazwan Hazim Dermawan memenangi perlumbaan pertama pada hari...

Felda Jengka 17 Dikenakan...

MARAN - Felda Jengka 17 di sini akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan...

Mid Valley City Dibuka, Beroperasi Seperti Biasa

KUALA LUMPUR: Pusat beli-belah Mid Valley City di sini, dibuka untuk operasi seperti sedia kala hari ini, selepas ditutup akibat kebakaran semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pihak pengurusan Mid Valley Megamall dalam kenyataan, hari ini memaklumkan pusat beli belah itu dibuka sepeti biasa daripada jam 10 pagi hingga jam 10 malam hari ini.

“Berikutan kebenaran daripada pihak berkuasa berkaitan pembukaan semula semua premis di Mid Valley City dengan selamat, kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Mid Valley Megamall dibuka seperti biasa dari 10 pagi – 10 malam hari ini.

“Kami tetap komited untuk menyediakan persekitaran yang selamat untuk pekerja, penyewa dan pelawat kami,” katanya.

Menerusi kenyataan sama, orang ramai dan pengunjung boleh mendapatkan maklumat terkini, pengumuman dan acara di pusat beli belah itu menerusi media rasmi Mid Valley Megamall.

BH semalam melaporkan, sebuah bilik pencawang masuk utama (PMU) Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bangunan pusat beli-belah Mid Valley City, terbakar kira-kira jam 10.30 pagi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 10.32 pagi.


Lapan jentera digerakkan ke lokasi membabitkan Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pantai, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Sri Hartamas, BBP Seputeh dengan kekuatan 40 pegawai dan anggota.

Sehubungan itu, pusat beli belah Mid Valley City, ditutup sehingga satu tempoh yang belum ditetapkan susulan kebakaran itu.

Penutupan sebagai langkah keselamatan membabitkan semua pihak sama ada pengunjung dan petugas di situ selain bagi memastikan bekalan elektrik kembali pulih semula.

TNB dalam kenyataan, berkata kebakaran PMU itu menyebabkan gangguan bekalan kepada pengguna di kawasan terhad sekitar Mid Valley dan sebahagian Desa Pantai.

Katanya, bekalan elektrik kepada sebahagian besar pengguna berjaya dipulihkan seawal empat minit gangguan berlaku dan bekalan pulih sepenuhnya sekitar jam 12:30 tengah hari, semalam.

Siasatan awal bomba mendapati kebakaran dipercayai berpunca daripada minyak penyejuk kabel dalam pencawang utama TNB yang terlampau panas.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori