• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MBK Beri Diskaun Kompaun Letak Kereta Sehingga 80 Peratus

oleh AK-47
04/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN : Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menawarkan pengurangan kompaun letak kereta sehingga 80 peratus bermula 2 hingga 28 Februari ini.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal, berkata diskaun kompaun itu diberikan sempena ulang tahun pertama MBK sebagai bandar raya Kuantan.

Katanya, pada masa sama, MBK memberi diskaun kepada pemilik kenderaan yang memiliki tunggakan letak kereta.

“Diharapkan kemudahan tawaran ini dapat memberi peluang kepada pemilik kenderaan terbabit untuk menjelaskan tunggakan mereka.

“Jika terdapat tunggakan kompaun letak kereta, ia akan menjejaskan peluang bagi mendapatkan perkhidmatan MBK seperti permohonan permit perniagaan melalui tapisan sistem i-clean,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, sekiranya kompaun berjumlah RM300, pemilik kenderaan hanya perlu membayar RM60 sahaja.

Katanya, pemilik kenderaan yang ingin menjelaskan bayaran kompaun boleh berbuat demikian di pondok jualan kupon letak kereta, kaunter cawangan dan kaunter ibu pejabat MBK.

“Sehubungan itu, diskaun yang diberikan ini diharap dimanfaatkan pemilik kenderaan yang masih belum menjelaskan kompaun mereka,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Diskaun Kompaun Letak KeretaMBK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MBK Sedia Tambah Anggota Unit Rondaan Berbasikal

15/06/2022
0

KUANTAN : Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) bersedia menambah anggota Unit Rondaan Berbasikal sekiranya keadaan memerlukan. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Ketua Seksyen Perhubungan...

MBK Sedia 30 Lokasi Pasar Ramadan, Bazar Aidilfitri

23/03/2022
0

KUANTAN : Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menyediakan sebanyak 30 lokasi pasar Ramadan dan bazar Aidilfitri di daerah ini. Ketua Seksyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd