• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MBK Sedia Tambah Anggota Unit Rondaan Berbasikal

oleh Mohd Arshad
15/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN : Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) bersedia menambah anggota Unit Rondaan Berbasikal sekiranya keadaan memerlukan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal, berkata berdasarkan keperluan, unit berkenaan dianggotai lima penguat kuasa MBK setakat ini.

Katanya, kawasan tumpuan unit itu menjalankan tugasan ialah di Taman Esplanade, Esplanade Tanjung Api, Menara 188 Kuantan dan Kuantan Art Street.

“Unit itu baharu ditubuhkan 12 Jun lalu sebagai alternatif untuk melaksanakan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan sekitar bandar raya ini.

“Penubuhan unit ini juga dapat meningkatkan produktiviti anggota penguat kuasa MBK melalui amalan gaya hidup sihat dan seimbang serta lebih mesra rakyat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Norkamawati berkata, unit berkenaan akan menjalankan tugasan rondaan bermula 8 pagi hingga 5 petang setiap Ahad.

Katanya, setakat ini, lima anggota berkenaan bertugas hanya pada Ahad.

“Mereka bukan sahaja melakukan pemantauan, malah mempunyai kuasa mengeluarkan kompaun terhadap individu yang didapati melakukan kesalahan di empat kawasan terbabit.

“Oleh itu, MBK meminta kerjasama daripada orang ramai, khususnya warga bandar raya Kuantan supaya dapat memberikan kerjasama kepada unit berkenaan,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Anggota Unit Rondaan BerbasikalMBKUnit Rondaan Berbasikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MBK Sedia 30 Lokasi Pasar Ramadan, Bazar Aidilfitri

23/03/2022
0

KUANTAN : Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menyediakan sebanyak 30 lokasi pasar Ramadan dan bazar Aidilfitri di daerah ini. Ketua Seksyen...

MBK Sedia 24 Lokasi Bazar Ramadan, Aidilfitri

21/02/2022
0

Kuantan : Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menyediakan 24 lokasi bazar Ramadan dan Aidilfitri di kawasan pentadbiran MBK, tahun ini. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd