Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Kastam KLIA Tahan Wanita...

NILAI - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)...

IKEA Malaysia Lanjut Polisi...

KUALA LUMPUR - IKEA Malaysia melanjutkan polisi pemulangannya daripada 100 hari pada masa...

Guru Pelatih Maut Dalam...

SARIKEI – Seorang guru pelatih maut manakala empat lagi cedera termasuk seorang kanak-kanak...

Microsoft Dilaporkan Akan Menggugurkan...

Sejak pengambilalihan Nokia, Microsoft nampaknya menghadapi krisis identiti di dalam penjenamaan produknya.Namun desas...

MBK Beri Diskaun Kompaun Letak Kereta Sehingga 80 Peratus

KUANTAN : Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menawarkan pengurangan kompaun letak kereta sehingga 80 peratus bermula 2 hingga 28 Februari ini.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal, berkata diskaun kompaun itu diberikan sempena ulang tahun pertama MBK sebagai bandar raya Kuantan.

Katanya, pada masa sama, MBK memberi diskaun kepada pemilik kenderaan yang memiliki tunggakan letak kereta.

“Diharapkan kemudahan tawaran ini dapat memberi peluang kepada pemilik kenderaan terbabit untuk menjelaskan tunggakan mereka.

“Jika terdapat tunggakan kompaun letak kereta, ia akan menjejaskan peluang bagi mendapatkan perkhidmatan MBK seperti permohonan permit perniagaan melalui tapisan sistem i-clean,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Beliau berkata, sekiranya kompaun berjumlah RM300, pemilik kenderaan hanya perlu membayar RM60 sahaja.

Katanya, pemilik kenderaan yang ingin menjelaskan bayaran kompaun boleh berbuat demikian di pondok jualan kupon letak kereta, kaunter cawangan dan kaunter ibu pejabat MBK.

“Sehubungan itu, diskaun yang diberikan ini diharap dimanfaatkan pemilik kenderaan yang masih belum menjelaskan kompaun mereka,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori