• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Ambil Kesempatan Naik Harga Barang: PM

oleh Mohd Arshad
29/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu mengingatkan pihak syarikat dan industri untuk tidak menaikkan harga barang atas alasan kenaikan bil elektrik selepas ketiadaan rebat selain turut dikenakan surcaj.

Beliau berkata, perubahan dalam bil elektrik yang perlu dibayar oleh syarikat dan industri selepas ini, difahamkan adalah tidak terlalu besar sehingga membolehkan pihak terlibat mengambil kesempatan untuk berbuat demikian.

“Saya juga telah minta pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk membuat libat urus dengan syarikat besar terutamanya pihak industri supaya tidak berlaku kenaikan (harga barang),” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian ketika sidang akhbar selepas menyampaikan Wang Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Asas Monsun Timur Laut 2021/2022 sebanyak RM2,500 kepada setiap 1,157 ketua isi rumah mangsa banjir Daerah Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Seri Norolazali Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guai.

Perdana Menteri berkata demikian apabila ditanya mengenai kemungkinan berlaku kenaikan hargabarang selepas pengguna komersial dan industri akan dikenakan surcaj 3.70 sen/Kilowatt jam (kWj) dan tiada lagi rebat 2 sen/kWj seperti yang diberikan sebelum ini.
Berhubung ketiadaan rebat selepas ini, Ismail Sabri berkata, kerajaan telah berbelanja besar dalam memberikan subsidi kepada pemain industri dan syarikat, iaitu lebih RM1 bilion kepada pihak terlibat sebelum ini.

“Konsep subsidi ini adalah salah kerana ia diberikan kepada syarikat besar, sedangkan subsidi sepatutnya diberikan kepada golongan sasar seperti mereka yang miskin. Kita sekarang dalam proses mahu memperbetulkan konsep ini supaya dijadikan subsidi bersasar.

“Sebab itu, dari segi perubahan tarif elektrik, saya telah tegaskan bahawa semua pengguna domestik tidak akan dibebankan dengan kenaikan… tidak kira besar atau kecil rumah, B40 atau M40 semuanya tidak akan terlibat,” katanya.

Pada perkembangan berkaitan, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, isu berkaitan kenaikan harga barang akan dibincangkan secara terperinci pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai kos sara hidup yang akan bersidang Isnin ini.

Mesyuarat bagi mencari kaedah mengurangkan tekanan kenaikan harga barang itu akan melibatkan pembentangan daripada kementerian terlibat seperti KPDNHEP, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Pengangkutan.

Ismail Sabri berkata, untuk kali pertama, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) turut dijemput dalam mesyuarat ini untuk mengemukakan pandangan mereka bagi mengurangkan kenaikan harga barang.

-Sinar Harian

Tags: KesempatanNaik Harga Barangpm
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Starmer Umum Letak Jawatan, Tamat Era Singkat Kepimpinan Parti Buruh

Starmer Umum Letak Jawatan, Tamat Era Singkat Kepimpinan Parti Buruh

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub LONDON – Perdana Menteri Britain, Keir Starmer mengumumkan peletakan jawatan sebagai pemimpin Parti Buruh pada Isnin, sekali gus...

Rakyat Perlukan PMX Anwar Terus Tadbir Negara – Mohamad Sabu

Rakyat Perlukan PMX Anwar Terus Tadbir Negara – Mohamad Sabu

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan kepimpinan yang tenang, stabil dan jelas hala tuju dalam menghadapi dunia yang semakin penuh dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd