• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAC Mahu Audit Menyeluruh Ke Atas ATM

oleh Ahmad Albab
13/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Audit Negara perlu melakukan pengauditan menyeluruh terhadap tatacara perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ketiga-tiga cabang perkhidmatannya bagi mengelak berlaku unsur salah guna kuasa, ketirisan, penyelewengan dan rasuah.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ia susulan tangkapan beberapa pengawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu operasi khas, baru-baru ini.

“Jabatan Audit Negara perlu melakukan pengauditan terhadap tatacara dan prosedur perolehan ATM dan ketiga-tiga cabang perkhidmatannya bagi memastikan imej pihak berkuasa keselamatan ini sentiasa dihormati rakyat.

“Penahanan beberapa pegawai dan anggota TLDM oleh SPRM yang didakwa berlaku rasuah membabitkan perolehan pasukan keselamatan berkenaan adalah sesuatu yang mengejutkan memandangkan ia dilaporkan sudah berlaku sejak beberapa tahun lamanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi SPRM itu membuktikan berlaku kelemahan dalam tatacara perolehan ATM dan pengauditan segera secara menyeluruh amat kritikal dalam menentukan penambahbaikan yang boleh diambil bagi mencegah perkara berkenaan berulang.

Nur Jazlan berkata, beberapa tahun lalu PAC pernah memanggil Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berhubung pembelian helikopter Eurocopter tetapi banyak perkara tidak dapat didedahkan atas alasan ia membabitkan perkara sensitif dan rahsia kerana menyentuh soal keselamatan negara.

“ATM perlu lebih telus dalam soal perolehan aset dan kelengkapan perkhidmatannya kerana ia menggunakan wang rakyat dan tidak elok memberikan alasan tidak boleh mendedahkan tatacara perolehan atas sebab rahsia dan sensitif kerana dikhuatiri mengancam keselamatan negara sedangkan berlaku unsur penyelewengan dan rasuah di kalangan anggota dan pegawainya,” katanya.

Nur Jazlan berkata beliau akan menulis surat kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang tidak lama lagi supaya jabatan berkenaan dapat melaksanakan audit segera secara menyeluruh terhadap tatacara perolehan ATM dan ketiga-tiga cabang perkhidmatan. – BERNAMA

Tags: ATMPAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini melaungkan amaran tegas budaya hedonisme yang tidak berakhlak serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd