• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA Kemuka Calon Baharu, Muda Pada PRN Johor

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : MCA akan mencadangkan muka baharu daripada kelompok muda untuk dipertimbangkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Setiausaha Agungnya, Datuk Chong Sin Woon, berkata kepimpinan BN sendiri sudah memberikan amanah untuk melihat calon muka baharu yang bakal diturunkan pada PRN tidak lama lagi.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini masih belum ada perbincangan mengenai calon akan bertanding dengan semua parti komponen BN itu.

“Semalam kita ada perbincangan bersama mengenai PRN Johor, tetapi soal calon masih belum ditimbulkan lagi.

“Namun BN memberikan komitmen untuk memperlihatkan muka baharu pada pilihan raya ini nanti. Kita berharap penduduk Johor yang berbilang kaum akan memberi sokongan kepada calon bakal diturunkan nanti,” katanya pada sidang media di Wisma MCA, di sini, hari ini.

Menyentuh mengenai strategi pilihan raya yang dilaksanakan nanti, Sin Woon berkata, BN akan merangka strategi baharu yang tidak sama seperti PRN terdahulu.

“Setiap pilihan raya berbeza dan kita tidak boleh samakan seperti yang sudah berlangsung. Johor pula sebuah negeri besar yang mempunyai 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), ia berbeza dengan Melaka,” katanya.

Beliau berkata, satu perjumpaan antara pemimpin BN dengan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor sudah diadakan semalam bagi memperjelaskan situasi sebenar pilihan raya yang diadakan di negeri itu.

“Dalam pertemuan semalam, Hasni secara jelas mengatakan keadaan politik di Johor tidak stabil kerana kita hanya tinggal 28 daripada 56 kerusi saja. Jadi, kita sudah tiada majoriti.

“Sebelum ini, kita ada 29 kerusi tetapi apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian meninggal dunia, kita sudah tiada majoriti dan kedudukan juga tipis dan tidak kukuh untuk memerintah Johor.

“Situasi itu mengakibatkan banyak perancangan dan program tidak dapat dilaksanakan kerana ketidakstabilan kerajaan negeri dan kita berpegang dengan tekad tidak mahu sesiapa melompat parti,” katanya.

-Berita Harian

Tags: CalonMCAPRN Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MCA Dakwa BN Melaka Ketepikan Semangat Muafakat

MCA Dakwa BN Melaka Ketepikan Semangat Muafakat

25/10/2026
0

KUALA LUMPUR - MCA mendakwa Barisan Nasional (BN) Melaka mengetepikan semangat muafakat apabila membuat keputusan secara unilateral berhubung pengagihan kerusi...

Kata Tiada Maklumat, Tapi Boleh Pula Dapat Maklumat Daripada MPT?’ – Ka Siong Persoal KPKT Isu Tiga Gajah DAK

Kata Tiada Maklumat, Tapi Boleh Pula Dapat Maklumat Daripada MPT?’ – Ka Siong Persoal KPKT Isu Tiga Gajah DAK

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mempersoalkan jawapan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd