• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

oleh Mohd Arshad
24/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan UMNO negeri ini yang sepatutnya berlangsung pada hari ini telah ditangguhkan ke satu tarikh yang masih belum ditetapkan.

Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin berkata, sehubungan itu pihaknya berharap tarikh baharu bagi pertemuan antara kedua-dua parti berkenaan akan ditetapkan dalam waktu terdekat.

“Sepatutnya pertemuan itu berlangsung hari ini, tetapi, ia ditangguhkan terlebih dahulu, mungkin kerana Pengerusi UMNO Johor (Datuk Hasni Mohammad) sedang sibuk.

“Bagaimanapun, kita akan menunggu tarikh baharu untuk pertemuan itu diadakan, harapnya dalam tempoh beberapa hari ini dan bukan terus dilupakan,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Pas Johor, di sini hari ini. Turut hadir, Timbalannya, Dr. Karim Deraman.

Sementara itu, Abdullah memberitahu, pihaknya turut menghormati pendirian Hasni yang mahu Barisan Nasional (BN) Johor bertanding secara solo dalam PRN Johor, namun, keputusan itu tertakluk kepada pimpinan tertinggi kedua-dua pihak.

“Hasni selaku pimpinan tertinggi UMNO negeri boleh membuat kenyataan itu, tetapi, keputusan muktamad hanya boleh diputuskan oleh pimpinan tertinggi Pas dan juga UMNO.

“Ini kerana BN Johor dan UMNO Johor juga terikat dengan keputusan peringkat pusat, sama seperti Pas Johor, jadi soal kerjasama dalam PRN akan datang kita serahkan kepada mereka (pusat) tentukan.

“Tetapi, apa yang saya tahu, ketika ini masih ada ruang untuk kami menjalin kerjasama dalam PRN sekaligus menubuhkan kerajaan negeri yang diyakini akan dapat memberi manfaat kepada rakyat dan pembangunan negeri Johor,” ujarnya.

-Utusan Online

Tags: ditangguhMesyuaratmuafakat nasionalPRN Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Muralitharan Seru Masyarakat India Negeri Sembilan Beri ‘Pengajaran’ Kepada Anwar

Muralitharan Seru Masyarakat India Negeri Sembilan Beri ‘Pengajaran’ Kepada Anwar

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemimpin masyarakat India, Muralitharan Ramachandran menyeru masyarakat India di Negeri Sembilan melakukan perkara yang sama seperti di...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd