• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Mencari, Menyelamat Kamaliah Ditangguh

oleh AK-47
22/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GERIK : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli yang hilang di Kampung Selaoh di sini sejak Khamis minggu lalu ditangguhkan setelah enam hari tidak ditemui.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, penangguhan operasi mengesan Kamaliah Anab, 10, yang juga orang kurang upaya (OKU) bisu itu diputuskan pada Rabu lalu dan akan diteruskan setelah mendapat petunjuk baharu.

“Pencarian mangsa melibatkan kawasan seluas enam kilometer di Hutan Temengor.

“Mangsa bagaimanapun gagal dikesan dan tiada sebarang petunjuk yang ditemui oleh pasukan penyelamat hingga hari terakhir,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurutnya, mangsa kali terakhir hanya memakai baju berwarna kuning dan berseluar berwarna jingga dengan membawa beg sandang.

“Berdasarkan laporan, mangsa disedari hilang ketika dalam perjalanan pulang selepas mencari hasil hutan bersama keluarga.

“SAR diaktifkan Jumaat lalu dengan dibantu pasukan Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor (Senoi Praaq), bomba, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa),” katanya.

-Awani

Tags: KamaliahKanak-Kanak HilangOrang Asli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

26/06/2026
0

YONG PENG - Bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, India, Cina, Orang Asli tidak rasis dan bekerja sebagai...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd