• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gesa Sidang DUN Khas Bincang Bencana Banjir

oleh Mohd Arshad
07/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SABAK BERNAM – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor perlu diadakan segera khas bagi membincangkan mengenai musibah banjir luar biasa yang melanda negeri itu pada 18 Disember lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Rizam Ismail berkata, sidang itu perlu diadakan memandangkan terdapat banyak kawasan di negeri ini ditenggelami banjir.

Beliau berkata, sidang itu juga bagi membolehkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengutarakan pandangan dan melontarkan cadangan bagi membantu kerajaan negeri Selangor mencari jalan terbaik menghadapi bencana pada masa depan.

“Saya berpandangan, di peringkat DUN Selangor perlu diadakan sidang khas berkenaan banjir kerana kita lihat pada tahun ini bencana banjir luar biasa daripada tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyerahkan kelengkapan persekolahan dua beradik di Taman Air Manis di sini pada Jumaat.

Rizam yang juga ADUN Sungai Air Tawar berkata, sidang itu juga berupaya mendesak kerajaan negeri menyegerakan penyaluran bantuan kepada mangsa banjir terlibat.

“Kita lihat dari segi penyerahan bantuan di Selangor agak kebelakang berbanding negeri lain seperti di Pahang yang dapat menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir dengan begitu cepat.

“Dari segi penerima sumbangan di Selangor masih berada pada peratus rendah dan sebab itu kita perlu mengadakan sidang ini untuk kita membincangkan bagaimana untuk memudahkan (bantuan terus kepada) rakyat,” jelas beliau.

Menurutnya, melalui sidang DUN khas itu juga membolehkan ADUN mengutarakan aduan yang diterima mereka daripada rakyat seperti masalah saliran longkang dan kunci air rosak.

“Misalnya, banjir statik dalam tempoh lama di Taman Sri Muda berpunca akibat masalah saliran longkang dan keadaan banjir di sana amat teruk hingga menenggelamkan kenderaan dan bumbung rumah penduduk,” ujarnya.

Beliau berkata, peranan jawatankuasa komuniti sama ada di peringkat kampung atau taman peringkat negeri juga mesti diperkasakan jika berlaku bencana seperti itu.

Tegasnya, peranan jawatankuasa terbabit dilihat kurang berfungsi seperti diharapkan terutama dari segi pengagihan saluran bantuan.

“Apabila berlaku bencana besar, di sinilah peranan ketua kampung, jawatankuasa taman, ahli majlis yang perlu berfungsi dengan sepenuhnya, tetapi dilihat gagal disebabkan tidak dapat kenal pasti punca banjir besar,” katanya.

Justeru, beliau menyokong penuh Projek Canal City semasa zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) diteruskan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Pelaksanaan (Canal City) ini sesuatu perkara yang baik dan sudah tentu ia mampu atasi banjir.

“Sudah pasti semasa zaman (BN) dulu, banyak perancangan kita telah laksanakan untuk kebaikan rakyat Selangor, misalnya membina Stadium (Shah Alam), Masjid Shah Alam yang menjadi mercu tanda dan memberi kemudahan kepada orang awam sehingga ke hari ini,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: BanjirDUN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd