• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN Johor Zahir Takziah Atas Kematian ADUN Kempas

oleh Mohd Arshad
06/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Iskandar Puteri : Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian yang meninggal dunia 21 Disember lalu.

Ucapan berkenaan dizahirkan Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat sebelum memulakan Sidang Khas DUN Johor, di sini.

“Dukacita dimaklumkan mantan Menteri Besar, Datuk Osman Sapian yang mula berkhidmat pada12 Mei 2018 hingga 13 April 2019 kembali ke rahmatullah pada 21 Disember 2021.

“Allahyarham juga adalah ADUN Kempas yang berkhidmat mulai 29 November 1999 hingga 2 April 2013 serta 11 Mei 2018 hingga 20 Disember 2021, selama tiga penggal.

“DUN Johor merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarganya dan marilah kita doakan semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman.

“Ahli Dewan yang beragama Islam sedekahkan ucapan Al-Fatihah kepada Allahyarham manakala yang bukan Islam bertafakur berdiri selama seminit,” katanya.

Pada 21 Disember lalu, Osman dilaporkan meninggal dunia di ibu negara pada 11.45 malam.

Osman, 70, yang bekas Menteri Besar Johor ke-16 itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya di Damansara.

Allahyarham sebelum ini menerima serangan angin ahmar pada pertengahan Oktober lalu ketika berada di kediamannya.

Pada awal November lalu, keadaan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Ayer Hitam itu dilaporkan stabil, namun masih belum pulih sepenuhnya.

-Harian Metro

Tags: adunDUNmeninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang pemimpin Armada Nasional, manakala tujuh lagi...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd