• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

#KitaLawan: Pemuda DAP Bantah Polis Panggil Kok Seong

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda DAP resah kerana pihak polis memanggil ketuanya, Teo Kok Seong bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan haram #KitaLawan di ibu negara pada 7 Mac lalu.

Setiausaha Pemuda DAP, Tan Hong Pin mendakwa, pihak polis tidak wajar memanggil ahli-ahli politik pakatan rakyat dan menahan mereka di balai polis tanpa alasan munasabah.

“Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang memberi hak kepada rakyat untuk bebas bersuara dan berhimpun secara aman.

“Kebebasan berhimpun merupakan hak asasi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Tindakan polis itu sekarang merupakan suatu penghakisan hak asasi,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dakwa Hong Pin, perhimpunan awam penting supaya suara rakyat dapat didengari dan merupakan salah satu saluran yang berkesan untuk menyampaikan pandangan kepada kerajaan.

Sebelum ini Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad ditahan reman selama tiga hari berikutan pembabitannya dal,m perhimpunan haram tersebut.

Beberapa pemimpin pakatan rakyat yang lain turut dipanggil bagi memberi kenyataan termasuk Bendahari Pemuda PAS, Fakhrulrazi Mokhtar.

Perhimpunan haram #KitaLawan di ibu negara bagi mendesak pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihukum penjara lima tahun kerana meliwat diadakan tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Perhimpunan itu turut mendapat bantahan orang ramai termasuk golongan peniaga yang terjejas kerana menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menyukarkan mereka berniaga di lokasi perhimpunan.

- MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

03/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberi jaminan dasar kawasan bebas kenderaan atau Car Free Zone (CFZ) di...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd