• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beribu Penduduk Berpindah Akibat Kebakaran Hutan Colorado

oleh Mohd Arshad
31/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES : Beribu orang diminta melarikan diri dari kebakaran hutan yang merebak dengan cepat di Colorado ketika api semakin marak di kawasan yang kering akibat kemarau.

Lebih 500 rumah dikhuatiri musnah terbakar setakat ini manakala tiang elektrik yang tumbang akibat angin kencang turut mencetuskan beberapa kebakaran kecil di kawasan kering di Boulder County.

Bandar Louisville yang mempunyai 20,000 penduduk, bersama 13,000 penduduk di Superior sudah diarahkan berpindah dengan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menggambarkan keadaan semasa sebagai ‘mengancam nyawa’.

Tiupan angin lebih 160 kilometer sejam (km/j) dilaporkan di beberapa tempat menyebabkan kesukaran usaha memadam kebakaran.

Gabenor Colorado, Jared Polis, dalam Twitternya, mendoakan keselamatan beribu-ribu keluarga yang berpindah dari kebakaran di Superior dan Boulder County.

“Angin kencang menyebabkan api merebak dengan cepat dan semua pesawat menyelamat tidak dapat diterbangkan.” katanya

Sama seperti kebanyakan bandar lain di barat AS, Colorado kini dilanda kemarau sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menyebabkan kawasan itu kering dan terdedah kepada kebakaran hutan.

Kebakaran hutan adalah bencana alam semula jadi dalam kitaran iklim, yang membantu membersihkan semak samun dan mengurangkan penyakit tanaman, namun sejak kebelakangan ini ia semakin kerap berlaku.

Saintis berkata iklim yang semakin panas terutamanya disebabkan oleh aktiviti manusia seperti pembakaran bahan api fosil yang tidak terkawal menjadi punca perubahan corak cuaca.

Faktor itu juga menyebabkan kemarau berpanjangan di sesetengah kawasan dan mencetuskan ribut besar luar musim di tempat lain, fenomena yang dijangka menjadi lebih teruk apabila suhu purata di seluruh dunia terus meningkat.

Ahli meteorologi di Universiti California, Daniel Swain, menulis di Twitternya bahawa sukar untuk dipercayai kebakaran berlaku pada Disember kerana biasanya bulan ini adalah masa yang lebih tenang tanpa kebakaran.

“Bagaimanapun, jika di ambil rekod musim luruh yang panas dan kering, hanya tiga sentimeter (cm) salji musim ini dan ditambah ribut angin cerun yang melampau… menyebabkan kebakaran bergerak pantas lagi berbahaya,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Kebakaran hutan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Indonesia Buat Pembenihan Awan Tangani Kebakaran Hutan

Indonesia Buat Pembenihan Awan Tangani Kebakaran Hutan

03/03/2024
0

JAKARTA: Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia bersama pihak berkepentingan bersiap sedia melaksanakan strategi pembenihan awan yang dijangka bermula bulan...

14 Maut Kebakaran Hutan Di Kazakhstan

14 Maut Kebakaran Hutan Di Kazakhstan

11/06/2023
0

ASTANA: Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam kebakaran hutan besar-besaran berlaku di timur laut Kazakhstan. Ikuti Mynewshub: Telegram Ia merupakan angka kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd