• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keberkesanan Vaksin Berkurangan Dengan Masa – Khairy

oleh Mohd Arshad
28/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Penerima vaksin COVID-19 disarankan mengambil dos penggalak sekurang-kurangnya tiga bulan selepas menerima vaksin primer.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata ia berikutan hasil dapatan daripada data kajian klinikal dan kajian Real World, termasuk The Real-World Evaluation of COVID-19 Vaccines Under the Malaysia National COVID-19 Immunisation Programme (RECoVaM).

Katanya, hasil dapatan yang dijalankan oleh institut kesihatan negara menunjukkan tahap keberkesanan vaksin terhadap jangkitan COVID-19 berkurangan dengan masa.

“Data terkini menunjukkan varian Omicron boleh menyebabkan peningkatan penularan jangkitan, kebolehupayaan pengikatan virus yang lebih tinggi dan kelolosan antibodi yang lebih tinggi, daripada imuniti yang disebabkan oleh vaksin atau jangkitan semula jadi.

“Selain itu, bukti kukuh yang terkumpul sejak tiga minggu lalu menunjukkan vaksin penggalak COVID-19 mungkin meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan varian Omicron,” katanya di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Khairy berkata, hasil kajian awal membabitkan 21 juta pemberian dos penggalak yang dijalankan di United Kingdom menunjukkan data keselamatan yang amat meyakinkan.

“Sejajar itu, badan regulatori seperti di United Kingdom, Kanada dan Australia serta panel pakar kesihatan kini mengesyorkan sela masa bagi vaksinasi dos penggalak boleh diberi seawal tiga bulan selepas menerima dos kedua vaksin primer,” katanya.

Beliau berkata, hasil penilaian bukti sedia ada, kumpulan kerja teknikal memberikan saranan baharu berkenaan pemberian dos penggalak COVID-19 iaitu warga emas berumur 60 tahun ke atas serta individu dewasa yang menerima semua jenis vaksin Pfizer, AstraZeneca dan CoronaVac amat disyorkan untuk menerima vaksin penggalak sekurang-kurangnya tiga bulan, selepas menerima vaksin primer.

“Selain itu, keutamaan pemberian dos penggalak kepada Individu yang mempunyai komorbiditi, penghuni serta petugas di pusat jagaan kesihatan jangka panjang dan individu dewasa berumur 18 tahun ke atas yang sudah menerima vaksin lengkap sekurang-kurangnya tiga bulan selepas menerima vaksin primer.

“Pemberian dos penggalak ini dengan mengikut turutan umur bermula daripada 50 tahun ke atas, 40 tahun ke atas dan seterusnya 18 tahun ke atas,” katanya.

Katanya, saranan Kumpulan Kerja Teknikal itu akan disemak dari masa ke masa berdasarkan data serta maklumat terkini.

BHonline-

Tags: Keberkesanan vaksinKhairy Jamaluddinvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd